Followers

Saturday, April 3, 2010

Pelam nan Sebatang

Pokok pelam ku ini,tahun lepas berbuah lebat hingga tak terhabis sekeluarga makan sendiri.Buahnya rasa manis dan enak..ramai la juga yg dapat merasa.Tapi tiba2 awal tahun ni..daunnya mula gugur.Lama kelamaan yang tinggal hanya ranting dan dahan.habis rontok semuanya.Hati mula terasa sedih mengenangkan pokok pelamku ini sudah tidak lagi dapat menabur bakti kepada kami.Ia tak akan berbuah lagi.Masih terkenang akan kemanisan buahnya serta perjuangan kami untuk merasai kemanisan buahnya itu..Berperang dgn Sang Monyet dari menghampiri pokok pelamku itu...bila dikenang mmg kelakar juga bunyinyakan...

Tapi aku sekeluarga tidak terniat pun hendak memotong atau menumbangkannya.Kadang2 masih berharap juga ia akan bertunas semula...menjadi rimbun seperti dulu,berbunga dan berbuah semula.

Daaannn..pagi tadi..semasa aku pusing2 rumah bersama ayman.Aku terkedu melihat batang pokok pelamku dipenuhi cendawan kukur kegemaran kami sekeluarga sejak dulu..
Subhanallah...Cendawan yg kini susah untuk diperolehi...berderet indah didepan mata..Terkedu aku seketika..gembira bukan kepalang..Rupa2nya pokok pelam ku ini,walaupun telah mati..masih lagi menabur bakti untuk tuannya.Masih mampu membuat tuannya tersenyum.

Daann..sejenak aku terfikir..kehilangan sesuatu itu,mungkin akan meggembirakan kita di masa depan.Pemergian sesuatu itu,pengorbanan untuk kepuasan kita di hari muka..seperti pemergian pokok pelamku ini..yang menggembirakan hati tuannya.
Oleh itu,redhakanlah pemergian dan kehilangan,kerana tentu ada kebaikannya untuk kita di masa hadapan.Jangan terus menafsirkan bahawa bila kita kehilangan,ia akan terus lenyap dari dalam hidup kita.Ia mungkin menghilangkan dirinya untuk membahagiakan kita..

Allah sentiasa menyediakan yang terbaik untuk kita.



Wallahualam...




4 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

wah sedap kalau cedawan terkukur di masak lemak..dengan keledek..

Misz said...

mmg sedap kak yati..tapi resepi turun temurun nenek saya ialah..sambal tumis lemak cendawan kukur..
kecur air liur dibuatnya..

pak long said...

salam buat tuan umah..
pak long lama tak makan kulat jenih tu....la ni payah nak dapat...depa selalu boh racun..

Misz said...

wsalam pak long..
memang payah nak dapat..n kalau ada jual pun terasa was2 gak nak beli..sebab zaman2 dlu..byk kes pasal cendawan nih..