Salim menjeling jam di dashboard.Waktu menunjukkan tepat pukul 4 pagi."Masih awal lagi" gumamnya sendirian.Sambil berkira-kira dalam hati,dia menjangkakan mereka akan sampai sebelum pukul 7 pagi di tempat yang dituju.Rashid disebelahnya,terhangguk2 melayan lagu retro yang berkumandang sejak dari awal perjalanan.
Melepasi satu selekoh,sebuah motosikal ditunggang dengan kelajuan yang sederhana berada di depan mereka.Oleh kerana keadaan jalan yang bengkang bengkok dan bercuram,Salim tidak dapat memotong motosikal tersebut.Jadi nak tak nak,terpaksa la mereka 'follow' motosikal tersebut.Walaupun kadang2,lorong kanan memang 'clear'tapi entah mengapa Salim tetap tak terdetik pun untuk memotong.
Salim mengamati penunggang motosikal tu."Gaya macam lelaki,tapi apasal pagi2 buta naik motor?Kiri kanan ni kebun kelapa sawit...tak nampak pun rumah orang...aisshhh!!!"Kepala otaknya mula memikirkan yang bukan2.Macam2cerita yang pernah didengar menerawang dalam kepala otaknya.Dia menjeling Rashid yang sudah tidak lagi terhangguk2 kepalanya melayan lagu.Sebaliknya asyik tertoleh2 kearahnya dengan muka musykil.
Salim menjeling cermin pandang belakang,tiada kelibat cahaya dari kenderaan di belakang.Bermakna tiada kereta di belakang mereka.Ketika dia memandang semula kehadapan,kelihatan motosikal dihadapan mereka seperti hilang kawalan.Salim memperlahankan pemanduannya.Jantungnya mula berdetak kencang.Motorsikal itu,melencong ke bahu jalan dan melanggar tunggul mati di bahu jalan.Serentak dengan itu,penunggangnya tercampak ke dalam semak berhampiran.
Salim membrekkan kereta serta merta,mereka segera menerpa keluar melihat keadaan penunggang tersebut.Mereka kemudian,memapah penunggang motosikal tu ke bahu jalan.
"Awak tak apa2 ke?awak ok ke?".Rashid segera bertanya sambil mengoyang bahu mamat tu apabila melihat penunggang tersebut mamai2 ayam,
"Saya OK bang..saya OK..tak ape2...saya tertidur tadi" jawab mamat tu dengan selamba.
"Hah,awak tertidur?bawak motor pun boleh tidur???Serentak Salim dan Rashid menyoal balas.
"A'ah la bang ngantuk sangat...tadi pas abis kerja terus sambung tengok world cup kat town.Kat rumah saya tak de 'kuali' la bang".Mamat tu menerangkan dengan lebih jelas.
"Giler awak nih.Kalau tadi kitorang tak ada kat belakang,mau seminggu lagi baru mayat awak ditemui".Rashid mula membebel geram.
"Sori bang...menyusahkan abang.Terima kasih tolong saya bang".Mamat tu tersengih2 meminta maaf.
Salim dan rashid akhirnya menghantar mamat tu balik ke rumah yang jauh ke dalam.Nasib baik motosikal tu masih boleh ditunggang.Mana la tau kot2 Si Mamat tuh tertidur lagi sebelum sampai ke rumah.
Mereka kemudian menyambung perjalanan ke tempat yang dituju,sambil tak sudah2 menyembang tentang hal si mamat motor tadi tuh.
Kesimpulannya,bahaya betul penangan worl cup nih.Boleh bawak maut tuh...
So,di mana kita?fikir2kan lah...
p/s:kisah ini diadaptasi dari kisah benar yang berlaku sekitar musim world cup skrg nih.Cuma nama dan tempat diubah mengikut kesesuaian.
No comments:
Post a Comment