Followers

Sunday, July 18, 2010

SK Peserai 100 Tahun

Salam semua...diam tak diam,100 tahun dah sekolah ni.Sejak penubuhannya pada tahun 1909 hinggalah kini,sudah ramai anak didik yg 'terhasil' dari sekolah ini.Mantan2 guru yang telah menabur bakti di sini juga tak terbilang ramainya.

Yang pasti ada juga yang telah kembali pada Penciptanya.Marilah sama-sama kita hadiahkan al-fatihah untuk semua guru dan murid2 SK Peserai yang telah kembali ke rahmatullah.
Al-fatihah...

Sehubungan itu,SK Peserai telah mengadakan Sambutan 100 Tahun pada 30-31 Julai 2010.Bagi memperingati jasa2 guru yang pernah menabur bakti di sini,juga mempertemukan semula sahabat2 lama yang hilang jejaknya...Marilah kita sama2 berkumpul memeriahkan majlis sambutan ini.

Tidak cukup dengan itu,rentetan daripada penganugerahan Sk Peserai sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar, Karnival ICT turut diadakan sempena penutupan Bulan ICT peringkat sekolah .

Berikut adalah tentatif program sepanjang sambutan tersebut:

Majlis Tahlil
(30 Julai 2010)
-8.00 pagi hingga 12.30 tghr.

Malam Alumni
(30 Julai 2010)
-masa 8.00 malam hingga 11.00 malam
-Tempahan meja,sila hubungi Pn.Fadzilah Paiman-0137986681
*satu meja (8 org)-RM150
*perseorangan-RM20

Karnival ICT
-30 Julai 2010 (3.00 petang-5.00 petang)
-31 Julai 2010 (8.00 pagi-4.30 petang)

Aktiviti
-Pameran ICT
-Pertandingan Mewarna
-Pertandingan Pakaian Beragam
-Tayangan Video
-Jualan

Jadi..apa tunggu lagi???Jom kita...!!!

No comments: