Followers

Wednesday, July 7, 2010

Sardine Roll....


Salam semua...
Mesti ramai yang berpuasa bulan Rejab nih...
Jom kita buat sardine roll nih...tuk hidangan kita berbuka nanti...

Bahan2nya:
15 keping roti-di gelek...
Bahan inti:
1 tin kecil ikan sardin-dibuang sosnya
1 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
sedikit halia
3 biji limau kasturi-diperah jusnya
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit minyak masak- untuk menumis

Bahan menggoreng:
2 biji telur-digaul sekali putih dan kuningnya
minyak masak

Caranya:
Masak bahan untuk intinya...
1.tumbuk bawang putih,bawang merah dan halia sampai lumat.
2.panaskan minyak dan masukkan bahan2 1-tumiskan sampai naik bau.
3.masukkan ikan sardin dan hancurkan-gaul rata dengan bahan tumisan tadi.
4.masukkan garam,lada sulah dan jus limau-gaul rata.
5.angkat dan sejukkan
6.ambil roti yang telah digelek dan ratakan inti diatasnya..
7.gulung roti dan susun semua yang telah siap dalam bekas supaya tidak terbuka.
8.celup roti dalam telur dan goreng sampai masak..
9 siap untuk hidangan.


Selamat mencuba...dan selamat berbuka puasa...:)
p/s:untuk inti tu..sebenarnya terpulang pada korang nak buh inti ape...sambal tumis pun sedap gak...:)

2 comments:

MATAHARIKU said...

salam misz..tgk gambo je dah menyelera..hehehe..nmpaknya lps ni leh lah buat buku resepi Chef Misz..hehehe

CikguAfiq said...

aduh..lapa lak tgh2 mlm ni nengok menu misz ni...:-)