Followers

Thursday, July 1, 2010

Rotan dan Akar

Salam...
hari ni nak sembang pasal rotan dan akar lak.
Orang biasa sebut,tiada rotan akar pun berguna..

Kalau dalam keadaan yang terdesak,kita tak jumpa yg terbaik..
apa yg ada boleh digunakan sebagai pengganti...

Contohnya dalam kelas...murid tak bawak pembaris untuk membuat latihan yang diberikan..maka kita boleh membantu murid tersebut menggaris menggunakan tepi kulit buku..atau boleh juga gunakan penutup pensel box ,asalkan ianya lurus.Itu kreatif gak tuh..

Tapi dalam satu organisasi...kalau wujud rotan dan akar..
ia adalah satu situasi yang tidak disenangi..kenapa?
macam wujud double standard la plak..
Ye lah..rotan tuh mesti la sesorang yang dianggap paling menonjol..paling baik..paling bagus dalam membuat tugasan hinggakan yang lain tidak diendahkan.
Bila yang 'terbaik' tuh tak ada,
barulah sibuk 'akar' pula yang dicarik untuk memenuhkan tempat.Kalu tak..pandang pun tak nak..tak ada pun tak tau.
Nampak sangat macam hanya diperlukan bila keadaan betul2 terdesak.
Bila tak perlu,pandang sebelah matapun tidak.mentang2 la akar tuh hodoh..hanya berjuntai.Padahal...akar tu la yg paling banyak peranan sebenarnya.
Mesti kecik jek hati member tuh...

Sedangkan dalam organisasi...semua staff adalah rotan yang pelbagai jenis yang masing2 ada kelebihan dan kebaikkan yang tersendiri...
So,fikir2kan di mana kita...



No comments: