Followers
Thursday, September 15, 2011
Sebab sebatang pensel
"Saya tak bawak pensel hari ni,cikgu!"
kedengaran macam takde pape jek pada ayat tu kan?kalau pada cikgu..memang ayat standard jek tuh...Tapi cuba kita kaji KESANNYA...!!!
1.tak bawak pensel,tak boleh la nak tulis.
2.bila tak boleh nak tulis,kerja sekolah semua tak buat.
3.bila kerja sekolah semua tak di buat,tak bleh nak score exam.
4.bila tak bleh score dalam exam,cikgu marah.
5.bila cikgu marah,malas datang sekolah(ponteng la tu...)
6.bila selalu ponteng sekolah,peksa besar pun tak lepas.
7.bila peksa besar pun tak lepas,tak bleh masuk IPT.
8.bila tak bleh masuk IPT,tak dapat nak keje yang best2.
9.bila tak dapat keje yang best2,tak dapat la nak pakai kete best2.. (yang tak best pun lum tentu dapat)
10.bila tak pkai kete best2 (yang tak best pun lum tentu dapat),macamana nak sara anak dara orang lak?
11.bila nak sara anak orang,nanti macamna plak nak sara cucu orang nanti?
12.macamana nak sara cucu orang,kalau duduk diri sendiri pun ntah apa2 ntah...
Kesimpulannya...Jangan tak bawak pensel....panjang kang aku bebel!
Telur Ikan Mayong
Assalamualaikum semua...
abis dah demam UPSR hari ni....
kita cerita pasal makan lak...
yang ni telur ikan mayong...
memang besar2..tu kalo korang pandai pilih la....mcamana nak pilih?
tgk la perut ikan tu...mana yang kembung tu ada la telurnya...
nak di masak pe telur ikan ni???
masak asam pedas pun sedap...
masak lemak cili api pun sedap...
ok..ni la hasilnya...
:)
asam pedas telur ikan mayong....
jemput makan kawan2....
Masalah Kuat Marah pada Anak...
Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.
Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan
kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.
Saturday, September 3, 2011
Dodol Perisa Bawang?
Selamat hari raya semua....
baru balik beraya ke tuh?or baru abis marhaban tuk sesi malam nih...biasa la dok kat Johor,marhaban memang agenda penting la kan....
ok...kali ni misz nak share cerita sikit pasal dodol perisa bawang nih?penah makan ker?
kalo penah makan,sedap ke rasanya?tapi misz mmg tak suka perisa tuh...
(ni sekadar gambar hiasan.....tima kasih la pada tuan punya pic nih...)
mana dapat cerita nih?tdi ada sedara masa datang ni yang tergerak hati nak share nih...
Biasa la time2 raya nih..tetamu dok datang tak henti2 ..tuan rumah pun dok kelam kabut melayan tamu..sampai tak kering tangan dan tak sempat nak memantau dengan lebih teliti hidangan tu...
Begini ceritanya setelah dipendekkan semasa pakcik tu g beraya...maka,pakcik tuh telah dihidangkan dengan sepinggan dodol yang kelihatan amat mabeles...
teruja sungguh dia untuk merasa.....(pakcik ni memang hantu dodol)
ketika dodol tersebut menghampiri mulut(sebelum disuap)...tiba2 bau bawang hinggap di hidung...Isk,tak kan nak letak balik...tuan rumah dok ada depan tuh...maka telan jek laaaa....
bila di tanya sedap ketidak oleh tuan rumah....maka anggukan dan senyuman meleret jek la jawapannya....
Rupa-rupanya....dodol itu telah dipotong menggunakan pisau yang baru digunakan untuk memotong bawang....ape lagi lekat la bau bawang tuh..kat dodol...kene pulak dodol hirisan yang pertama...memang rasa bawang la jawabnya...
ini ingatan tuk puan2/puan2/cik/ dan semua la ye...sebelum nak potong dodol ke...kek ke...pastikan pisau yang nak digunakan tuh bebas dari sebarang bau...
lebih bagus kalau pisau untuk memotong kuih tuh biarlah pisau khas yang lain....
jadi,tak de la kuih2 tuh bau bawang la....cekur la....sadin la....
isk...ingat2 tuh....
Monday, August 29, 2011
Friday, August 26, 2011
Bila Al Quran Mula Berbicara
Waktu engkau masih kanak-kanak....
kau laksana kawan sejatiku
dengan wudhuk, Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan pelajari
Aku kau baca dengan suara lirih
ataupun keras setiap hari
Setelah selesai..engkau menciumku mesra
Engkau telah dewasa....
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku..
Apakah Aku bahan bacaan usang yang hanya tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah ilmu pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
sehingga kau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah kau anggap sebagai pengisi stormu
Kadangkala Aku dijadikan mas kahwin
agar kau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir,
dibiarkan dalam kesendirian, kesepian
Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan
Dulu...pagi-pagi, surah-surah yang ada padaku
engkau baca beberapa halaman....
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai
bersama temanmu di surau..
Sekarang, seawal pagi sambil minum kopi..
engkau baca suratkhabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia..
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerjapun kadangkala kau lupa
membaca pembuka surah-surahku (Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tiada kaset yang berisi ayat Allah
yang terdapat dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju
ke stesyen radio kesukaanmu, mengasyikkan..
Dimeja kerjamu tiada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik favouritemu
Jarang sekali kau putar ayat-ayatku....
E-mail teman-temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa engkau
kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba, engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam kau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah...
Waktu pun cepat berlalu.....
Aku semakin kusam dalam laci-lacimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu
Thursday, August 25, 2011
Sketeng Rayaku.....
Tak meriah rasanya raya tanpa sketeng....
best bila cahaya sketeng mneyinar penuh kat laman..wlaupun lampu neon yang ada tuh pun cukup terang dahhhh....
yang ni misz sangkut kat batang pokok jambu bol kat laman rumah...hahhaha...dah kene sound ngn mak sebab ada oked kesayangan dia tuh...tapi kita wat2 tak paham jek....
ala tak kene pun kat oked tuh....
ni pokok kelapa plak telah menjadi mangsa.....tapi ok la gak kan...ceh...puji diri sendiri plak...
cun juga pic yng nih...walaupun tgn amatur ini yg menynapkannya...
Kereta kecik untuk Shoping....
Assalamualaikum semua....
Haaa...menjelang hari raya aidilfitri dah ni...sekejap jek rasanya puasa..dah nak raya pulak...Rasa belum puas lagi puasa....dah sibuk bersiap nak beraya pulak ye...
Ni dah hujung2 puasa ni makin galak orang2 shoping raya...SAKAN nampaknya....isk...cukup ke budget tuh?jangan terover udah la...kang duit bonus abis...wit gaji abis...pas raya nak makan pe lak?haaa...abiskan kan la kuih raya tuh pg petang siang malam...lunch kuih raya...sarapan kuih raya....dinner pun kuih raya....huuahahhaha....
Macamana nak jimat bershoping ek?semua menda dirasakan perlu dan mesti ada...isk...dahsyat tuh..kalo boleh satu shopong complex nak diangkutnya...kalau payah2 beno...angkat jek umah tuh buh dalam shoping complex...tak pun pasang khemah jek kat situ....
Ni mungkin boleh membantu anda untuk menyelamatkan poket anda bila g shoping...
HAaaaaa....BAWAK LA KERETA YG KECIL....contohnya kancil..kelisa...ataupun KERETA SORONG..
kalau wife mula pegang brg yg lebih2 had jek ingatkan dia...
"yang,kita bawak kelisa jek tadi ni...tak muat nak bawak baju 20 helai sorang nih"
jadi secara tidak langsung...bila dia nak membeli barang yang segala bagai tuh dia akan pikir 20....30 kali bila nak beli...sebab tak muat nak sumbat banyak dalam kete...ye la mana nak muat...satu kete dengan anak jek dah penuh...mana nak sumbat barang2 dalam bonet kete yg kecik tuh....DAN secara tidak langsung dia akan membuat pilihan terbaik yang boleh dipilih.
Untung gak kan pakai kete kecik...nak parking senang...minyak jimat..nak belanja pun jimat...jadi fikir2kan yek....
Tuesday, August 16, 2011
Bila Rindu Itu Datang Bertamu....
Terasa begitu sesak dan ngilu,
perit bila rindu itu bertamu....
mana mampu untuk diluah dengan kata...
tidak mungkin dapat dizahir dengan rasa...
bukan mudah dicoret dengan pena...
Bila rindu itu datang,
hanya mampu diimbas kenangan silam,
setiap rongga dan ruang yang pernah diisikan bersama,
bersemadi kukuh di dalam jiwa....
Bila rindu itu bertamu,
setiap inci wajah menjelma,
terngiang gelak dan bicara kita,
menghias benak menerawang serata pelusuk minda,
dan aku menjadi semakin rindu,
mengingati setiap keletahmu,
menyoroti setiap gurauanmu,
menyelusuri bait-bait pesananmu,
menyedarkan aku betapa aku benar-benar memerlukanmu....
Biar masa kita bersama tidak panjang,
Suatu masa aku akan menurutmu,
Di sana nanti kita akan bertemu,
Moga rindu tak akan lagi bertamu...
Biar yang yang lain melupakanmu,
Mungkin mereka belum merasa kehilangan,
Mungkin mereka masih ada tempat bergantung,
Mungkin mereka masih merasa nikmatnya mempunyai abah...
Biarlah aku terus mengingatimu...
Mengiringmu di sana dengan doa...
Hanya itu yang mampu mengubat rindu ini...
Walau setiap saat ia pasti bertamu....
AL-FATIHAH...untuk arwah abah,tetap merindui setelah genap 6 tahun pemergiannya...juga buat allahyarham bapa mertuaku...dan tahun ini merupakan tahun pertama beraya tanpa kedua2 abah di sisi.Moga ALLAH menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hambanya yang beriman...
misz
[6.41am-16 Ogos 2011]
perit bila rindu itu bertamu....
mana mampu untuk diluah dengan kata...
tidak mungkin dapat dizahir dengan rasa...
bukan mudah dicoret dengan pena...
Bila rindu itu datang,
hanya mampu diimbas kenangan silam,
setiap rongga dan ruang yang pernah diisikan bersama,
bersemadi kukuh di dalam jiwa....
Bila rindu itu bertamu,
setiap inci wajah menjelma,
terngiang gelak dan bicara kita,
menghias benak menerawang serata pelusuk minda,
dan aku menjadi semakin rindu,
mengingati setiap keletahmu,
menyoroti setiap gurauanmu,
menyelusuri bait-bait pesananmu,
menyedarkan aku betapa aku benar-benar memerlukanmu....
Biar masa kita bersama tidak panjang,
Suatu masa aku akan menurutmu,
Di sana nanti kita akan bertemu,
Moga rindu tak akan lagi bertamu...
Biar yang yang lain melupakanmu,
Mungkin mereka belum merasa kehilangan,
Mungkin mereka masih ada tempat bergantung,
Mungkin mereka masih merasa nikmatnya mempunyai abah...
Biarlah aku terus mengingatimu...
Mengiringmu di sana dengan doa...
Hanya itu yang mampu mengubat rindu ini...
Walau setiap saat ia pasti bertamu....
AL-FATIHAH...untuk arwah abah,tetap merindui setelah genap 6 tahun pemergiannya...juga buat allahyarham bapa mertuaku...dan tahun ini merupakan tahun pertama beraya tanpa kedua2 abah di sisi.Moga ALLAH menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hambanya yang beriman...
misz
[6.41am-16 Ogos 2011]
Tuesday, July 5, 2011
Monday, June 20, 2011
Indah yang tercemar
| cantik pemandangan kat sini.... |
| ni pemandangan arah kuala Sungai Sedili...kalau time air pasang lagi la cantik.... |
| tapi turun jek dari kereta bau yang tak best menyapa hidung....hajat nak menikmati pemandangan indah terbantut la... |
| ni baru ubat nyamuk yang ditinggalkan....menyemakkan mata bila dilihat siang hari |
| ni pulak tinggalan yang memualkan...hanyir dan busuk....dengan plastik yang bersepah2..betul2 tak ada kesedaran sivik. |
| ni ntah berapa lama dah tersadai kat sini....sedih betul la tengok pemandangan yang sebegini. |
Sunday, June 19, 2011
Sikit...sikit-sikit.
Orang yang hebat sikit-sikit baca,
orang yang tidak hebat baca sikit-sikit.
Orang hebat makan sikit-sikit,
orang tak hebat sikit-sikit makan.
Beza orang hebat dengan orang tak hebat ‘sikit’ sahaja.
orang yang tidak hebat baca sikit-sikit.
Orang hebat makan sikit-sikit,
orang tak hebat sikit-sikit makan.
Beza orang hebat dengan orang tak hebat ‘sikit’ sahaja.
Stanza Cinta la pulak....
Assalammualaikum semua...
haaa...minggu ni sibuk la plak dengan Stanza Cinta yang menggantikan Nora Elena...
kalau dah tgk mesti nak tau jalan ceritanya kan...
kat atas tu cover novelnya...
nak maklumat lanjut leh rujuk kat SINI...
Tuhan…….ku mencari-mencari cinta…akhirnya ku temui cahaya cinta sejati milik-Mu. Ingin ku peluk cinta dan rindu ini…biar tidak sekali-kali Engkau jauh dariku. Ingin ku nyatakan pada dunia...aku bangga menjadi makhluk-Mu!!Aku bangga menjadi khalifah yang dicintai-Mu.
Wednesday, June 15, 2011
Belangkas Sg Sedili
Selamat malam semua....huhuhu punya la seksa nak upload pic2 nih....korbankan sikit waktu tdo la nampaknya....
teruja tengok gambo nih???nak tau dari mana datangnya?
Ni sajek nak share pengalaman sikit...Cuti hari tu sempat g tengok tempat penternakan belangkas kat Sg Sedili.Isk,ape la yg syok sangat kan tempat tu kan???actually memang tak de la econ atau pemandangan yang canggih2...tapi dek teruja nak mencari sedikit pengetahuan maka ke situ la kami perginya.
ni la anak belangkas yang berusia 80 hari.mak aaiiii....kocik bebenau...kalau nak tau belangkas ni memerlukan masa selama 13 tahun untuk matang dan bertelur..perrrgghhhh!!! lama tuuuuuu....kalau anak kita dah naik tingkatan 1 la....
Jadi tuan punya pusat penternakan ni Puan Zarinah dan Encik Ahmad menerima hasil tangkapan dari nelayan2 yang tinggal di kawsan sekitar untuk mendapatkan bekalan belangkas.
haaa...yang nih belangkasnya la...ce teka mana yang jantan mana yang betina?
patut la ada pepatah yang mengatakan 'macam belangkas'
| tengok tuh aksi2 mereka...ada telungkup..ada yang terngadah.....punya la banyak.... |
| yang ni plak..pak cik ni tengah tangging untuk menandakan belangkas ni ada telurnya sebelum dilepaskan semula dalam kolam. |
| yang ni kitorang beli...adik ni namanya azie..die sedang mematahkan ekor belangkas tuh... |
| sempat lagi posing tuh...luas gak la kolam ternakan nih...kalo nak di kira mmg tak terkira la belangkas tuh...misz anggarkan dalam 300 ekor...(lupa lak nak tanya kat kak zarinah) |
hahahha...beli dua ekor jek???cukup ker?cukup sesangat...haaaa kat atas tu la hsilnya....
p/s;jom kita g jenjalan...
Tuesday, June 14, 2011
Semua Bukan Milik Kita...
Assalamualaikum dan selamat bagi semua...
Tergerak hati nak share lagu ni...walaupun lagu ni sebenarnya dah lama wujud.
Bila menghayatinya terasa begitu kerdilnya kita..betapa kita ni 'miskin' sebenarnya...yang kita ada hanya diri kita..yang entah bagaimana rupanya dihadapan DIA...
Tuesday, June 7, 2011
Riuhnya time cuti...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Semoga semuanya dalam lindungan Allah hendaknya...Amin.
Selamat bercuti untuk semua yang bercuti...
Ada gak yang cuti serupa la tak cuti...kerja tetap banyak...dan perlu di lunaskan...
Buat adik2 yang bercuti tuh...homewrk tetap banyak...macam2 projek yang cikgu bekalkan...semacam dua minggu ni pun mcm tak cuti jek..kan...kan...kan...
Tapi masa cuti ni la nak setelkan semua hal2 yang tak bleh nak disetelkan semasa hr kerja...maklumla..mana leh angkat umah tuh g sekolah bila time keje ye tak...?
Tapi yang best sikit bila cuti ni,kita tak de la rushing kejo masa nak g keje...rilex2 jek la..sambil2 setelkan kerja yang dalam list tuh...bila tgk list tuh...isk,pnjang gak tuh...!
alon2..janji kelakon....chaiyok..chaiyok....
Yang lagi best..ialah...bila time cuti nih...bila jalan2 tuh(walaupun hari2 lalu jalan tuh sebenonya)...tgk laman2 rumah kat kampung nih..penuh ngn kete..anak2 balik bercuti!!meriah sungguh kelihatannya....kene plak time ujan...satu kebun penuh kain baju bersidai...tak cukup sidai baju yg ada..tambat lak kat batang pokok....hehhehe...mana nak dapat suasana macam tuh...susah kan???
Seronok bila berkumpul adik beradik,ada jek cerita yang dibukak...dibahas..hinggga gelak guling2...penat gelak..masak n makan pulak...pastu sambung lagi...
Anak cucu pun amik peluang main sakan dengan sepupu sepapat yang lain...riuh rendah umah atuk nenek...kene plak rumah papan...macam nak roboh kedengarannya...apa taknya..dah diorang berkejar2an dari depan sampai belakang...
Tu belum lagi ayam jantan atuk jadi mangsa diorang..dikejarnya ayam tuh satu kebun...sampai mcm nak putus nyawa ayam tu di buatnya...
Seronokkan????tapi bila semua balik....huhuhuhu...sunyinya.....
Semoga semuanya dalam lindungan Allah hendaknya...Amin.
Selamat bercuti untuk semua yang bercuti...
Ada gak yang cuti serupa la tak cuti...kerja tetap banyak...dan perlu di lunaskan...
Buat adik2 yang bercuti tuh...homewrk tetap banyak...macam2 projek yang cikgu bekalkan...semacam dua minggu ni pun mcm tak cuti jek..kan...kan...kan...
Tapi masa cuti ni la nak setelkan semua hal2 yang tak bleh nak disetelkan semasa hr kerja...maklumla..mana leh angkat umah tuh g sekolah bila time keje ye tak...?
Tapi yang best sikit bila cuti ni,kita tak de la rushing kejo masa nak g keje...rilex2 jek la..sambil2 setelkan kerja yang dalam list tuh...bila tgk list tuh...isk,pnjang gak tuh...!
alon2..janji kelakon....chaiyok..chaiyok....
Yang lagi best..ialah...bila time cuti nih...bila jalan2 tuh(walaupun hari2 lalu jalan tuh sebenonya)...tgk laman2 rumah kat kampung nih..penuh ngn kete..anak2 balik bercuti!!meriah sungguh kelihatannya....kene plak time ujan...satu kebun penuh kain baju bersidai...tak cukup sidai baju yg ada..tambat lak kat batang pokok....hehhehe...mana nak dapat suasana macam tuh...susah kan???
Seronok bila berkumpul adik beradik,ada jek cerita yang dibukak...dibahas..hinggga gelak guling2...penat gelak..masak n makan pulak...pastu sambung lagi...
Anak cucu pun amik peluang main sakan dengan sepupu sepapat yang lain...riuh rendah umah atuk nenek...kene plak rumah papan...macam nak roboh kedengarannya...apa taknya..dah diorang berkejar2an dari depan sampai belakang...
Tu belum lagi ayam jantan atuk jadi mangsa diorang..dikejarnya ayam tuh satu kebun...sampai mcm nak putus nyawa ayam tu di buatnya...
Seronokkan????tapi bila semua balik....huhuhuhu...sunyinya.....
Tuesday, May 17, 2011
Biar Ku Menjadi Lilin
Selamat Hari Guru buat semua rakan seperjuangan...
Biar Ku Menjadi Lilin
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
Friday, May 6, 2011
Cerita Nangka

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..
'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'
Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..
'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'
haaa...apa macam?tak garu kepala petani tuh...skrg pk..nak jual ke tak nak?so,ape penyelesaiannya?...yang tu bio petani tuh selesaikan...
yang penting pengajaran daripada cerita nih...lawak tu memang la lawak gak...muhasabah pun kene gak la...
pape pun sebelum wat ape2 tindakan pk kan dlu kesan dan akibatnya tuk jangka pendek n jangka pjg...jgn nak mudah jek tuk jngka pendek..tapi lagi menyiksakan tuk jangka pnjg...
Jangan kita amik mudah dengan membuat keputusan yang kita rasakan patut tuk jangka waktu terdekat..sebab kita tu tak nak bersusah payah skrg.Sedangkan kalo kita susah sikit skrg tuk kejayaan masa akan datang tu sebenarnya lagi la berbaloi2.
so,sama2 kita fikirkan di mana kita....
Saturday, April 30, 2011
Lafazkan Kalimah Cintamu
Selamat pagi semua....
Jom baca buku...tapi kali ni novel la...
actually novel ni...dah lama bli..
cuma tunggu lapang masa(yg sebenarnya tak ada)
n mud nak membaca(penting tuh)
Berkisarkan pergolakkan dalam kehidupan yang cukup lengkap pakejnya.sampai pada satu tahap rsa mcm cerita ni dah nak abis...tapi apsal tebal lagi...
sesapa yg sensitif tuh..mungkin mampu mengumpulkan sebaldi airmata...(pinjam ayat masdilaila yg dah pinjam n baca novel ni dr misz) dan korang akan mampu jugak gelak gulung2 sampai tak cukup ruang...hahhaha
Keseluruhan cerita yang menarik dan mengandungi bnyak pengajaran dan panduan.ini sebenarnya yg penting...baca novel,ada sesetengah org kata tak berguna..n hanya tuk membesarkan punggung jek...tapi pengajaran yang diambil setelah selesai di baca adalah sangat perlu..mana2 novel yg terkesan senang kata..masyyuuuk di hati akan kita ingat,hayati dan dijadikan pegangan agar ia tidak berlaku pada diri kita.
Pengajaran yang boleh saya perolehi daripada novel ini antaranya ialah...kita mestilah mempunyai sifat bertanggungjawab contohnya...bla...bla...(isk ni dah macam nak jawab karangan UPSR bahagian C jek nih)...hehhehe tetapi sebenarnya kalau nak disebutkan kat sini..semua 44 senarai nilai murni tuh termasuk....so,korang pk la sendiri...

daripada 10 markah...misz berani bagi 9.5 markah...jgn terkejut...ni kalau di wat drama atau filem...gerenti meletup...Chaiyok...chaiyok la kak siti...
penulis2 baru kene belajar dari penulis2 otai tuk menghasilkan wacana yang lebih berkesan di hati peminat.
p/s:penat bertarung dengan perasaan masa baca buku nih...bila abis jek rasa lega separuh mati..hahahha
Saturday, April 23, 2011
Melihat Bulan

Andai melihat bulan pandanglah pd bintang yg bertaburan didada langit.jua renunglah damainya mlm.cinta ini tak akan berhenti tanpa dugaan dan rintangan. mutiaranya adalah sabar dan percaya.kita saling beri dan memberi tapi penentunya Allah jua yg maha mengerti.kekadang gelora hati mengusir jauh keredhaan kita terhadap takdir.memang indah bersatu di alam khayalan mencipta satu mahligai untuk direalisasi..tapi sayang sesungguhnya hakikat hidup ini sebenarnya..tidak seindah mimpi2.
Subscribe to:
Posts (Atom)








