Followers

Tuesday, June 14, 2011

Semua Bukan Milik Kita...


Assalamualaikum dan selamat bagi semua...

Tergerak hati nak share lagu ni...walaupun lagu ni sebenarnya dah lama wujud.
Bila menghayatinya terasa begitu kerdilnya kita..betapa kita ni 'miskin' sebenarnya...yang kita ada hanya diri kita..yang entah bagaimana rupanya dihadapan DIA...

Tuesday, June 7, 2011

Riuhnya time cuti...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Semoga semuanya dalam lindungan Allah hendaknya...Amin.
Selamat bercuti untuk semua yang bercuti...

Ada gak yang cuti serupa la tak cuti...kerja tetap banyak...dan perlu di lunaskan...
Buat adik2 yang bercuti tuh...homewrk tetap banyak...macam2 projek yang cikgu bekalkan...semacam dua minggu ni pun mcm tak cuti jek..kan...kan...kan...
Tapi masa cuti ni la nak setelkan semua hal2 yang tak bleh nak disetelkan semasa hr kerja...maklumla..mana leh angkat umah tuh g sekolah bila time keje ye tak...?

Tapi yang best sikit bila cuti ni,kita tak de la rushing kejo masa nak g keje...rilex2 jek la..sambil2 setelkan kerja yang dalam list tuh...bila tgk list tuh...isk,pnjang gak tuh...!
alon2..janji kelakon....chaiyok..chaiyok....

Yang lagi best..ialah...bila time cuti nih...bila jalan2 tuh(walaupun hari2 lalu jalan tuh sebenonya)...tgk laman2 rumah kat kampung nih..penuh ngn kete..anak2 balik bercuti!!meriah sungguh kelihatannya....kene plak time ujan...satu kebun penuh kain baju bersidai...tak cukup sidai baju yg ada..tambat lak kat batang pokok....hehhehe...mana nak dapat suasana macam tuh...susah kan???

Seronok bila berkumpul adik beradik,ada jek cerita yang dibukak...dibahas..hinggga gelak guling2...penat gelak..masak n makan pulak...pastu sambung lagi...

Anak cucu pun amik peluang main sakan dengan sepupu sepapat yang lain...riuh rendah umah atuk nenek...kene plak rumah papan...macam nak roboh kedengarannya...apa taknya..dah diorang berkejar2an dari depan sampai belakang...

Tu belum lagi ayam jantan atuk jadi mangsa diorang..dikejarnya ayam tuh satu kebun...sampai mcm nak putus nyawa ayam tu di buatnya...

Seronokkan????tapi bila semua balik....huhuhuhu...sunyinya.....

Tuesday, May 17, 2011

Biar Ku Menjadi Lilin


Selamat Hari Guru buat semua rakan seperjuangan...

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri


Friday, May 6, 2011

Cerita Nangka



Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..


'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'


haaa...apa macam?tak garu kepala petani tuh...skrg pk..nak jual ke tak nak?so,ape penyelesaiannya?...yang tu bio petani tuh selesaikan...
yang penting pengajaran daripada cerita nih...lawak tu memang la lawak gak...muhasabah pun kene gak la...

pape pun sebelum wat ape2 tindakan pk kan dlu kesan dan akibatnya tuk jangka pendek n jangka pjg...jgn nak mudah jek tuk jngka pendek..tapi lagi menyiksakan tuk jangka pnjg...

Jangan kita amik mudah dengan membuat keputusan yang kita rasakan patut tuk jangka waktu terdekat..sebab kita tu tak nak bersusah payah skrg.Sedangkan kalo kita susah sikit skrg tuk kejayaan masa akan datang tu sebenarnya lagi la berbaloi2.

so,sama2 kita fikirkan di mana kita....


Saturday, April 30, 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu

Selamat pagi semua....
Jom baca buku...tapi kali ni novel la...
actually novel ni...dah lama bli..
cuma tunggu lapang masa(yg sebenarnya tak ada)
n mud nak membaca(penting tuh)
Berkisarkan pergolakkan dalam kehidupan yang cukup lengkap pakejnya.sampai pada satu tahap rsa mcm cerita ni dah nak abis...tapi apsal tebal lagi...
sesapa yg sensitif tuh..mungkin mampu mengumpulkan sebaldi airmata...(pinjam ayat masdilaila yg dah pinjam n baca novel ni dr misz) dan korang akan mampu jugak gelak gulung2 sampai tak cukup ruang...hahhaha

Keseluruhan cerita yang menarik dan mengandungi bnyak pengajaran dan panduan.ini sebenarnya yg penting...baca novel,ada sesetengah org kata tak berguna..n hanya tuk membesarkan punggung jek...tapi pengajaran yang diambil setelah selesai di baca adalah sangat perlu..mana2 novel yg terkesan senang kata..masyyuuuk di hati akan kita ingat,hayati dan dijadikan pegangan agar ia tidak berlaku pada diri kita.

Pengajaran yang boleh saya perolehi daripada novel ini antaranya ialah...kita mestilah mempunyai sifat bertanggungjawab contohnya...bla...bla...(isk ni dah macam nak jawab karangan UPSR bahagian C jek nih)...hehhehe tetapi sebenarnya kalau nak disebutkan kat sini..semua 44 senarai nilai murni tuh termasuk....so,korang pk la sendiri...



daripada 10 markah...misz berani bagi 9.5 markah...jgn terkejut...ni kalau di wat drama atau filem...gerenti meletup...Chaiyok...chaiyok la kak siti...
penulis2 baru kene belajar dari penulis2 otai tuk menghasilkan wacana yang lebih berkesan di hati peminat.


p/s:penat bertarung dengan perasaan masa baca buku nih...bila abis jek rasa lega separuh mati..hahahha

Saturday, April 23, 2011

Melihat Bulan


Andai melihat bulan pandanglah pd bintang yg bertaburan didada langit.jua renunglah damainya mlm.cinta ini tak akan berhenti tanpa dugaan dan rintangan. mutiaranya adalah sabar dan percaya.kita saling beri dan memberi tapi penentunya Allah jua yg maha mengerti.kekadang gelora hati mengusir jauh keredhaan kita terhadap takdir.memang indah bersatu di alam khayalan mencipta satu mahligai untuk direalisasi..tapi sayang sesungguhnya hakikat hidup ini sebenarnya..tidak seindah mimpi2.

Wednesday, April 20, 2011

Google nak hapuskan blog

tajuk gempak gitukan....
buat rakan2 yang kaki blog..ramai dah sedia maklum...
tapi tuk mereka yang jarang2 bukak blog tu...
ni adalah makluman penting dan perlukan tindakan segera...

Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih.

Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun 2011, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut.

Nampaknya kini Google memberikan penekanan yang serius untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan mereka menggunakan akaun Google. Sebelum ini, YouTube juga telah mengeluarkan amaran yang lebih kurang serupa, meminta para pengguna YouTube untuk menggunakan akaun Google berbanding akaun YouTube seperti sebelumnya.

1. Create akaun gmail

Dah ada? Kalau dah ada baru kita mulakan kelas. Kalau belum, create akaun gmail dulu.

2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings >Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.

3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan . Ada notis ” To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here”. Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula² ( yahoo )

5. Pergi kat Settings > Permissions > ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.


ok...la..sesapa yg lum tukar tu..baik korang tukar..kang tak memasal blog korang ilang dari pandangan..

Will U Help Me?

Selamat pagi semua...
ni ape pulak pg2 cerita Little Red Hen plak nih?
ni mmg cerita kanak2...tapi tak salah kalau orang tua refresh baca semula cerita ni...
nampak mcm simple jek...
tapi penuh pengajaran dan sindiran tajam...
kalau anak2 boleh hafal dan mengambil iktibar daripadanya...
apa salahnya kita yang tua2 nih amik tau n amik kisah sikit.
jangan nanti kisah nabi tak tau..kisah yg simple ni pun tak amik peduli.
so,baik korang baca dulu.






**********************************************************************************


One day,as the little Red hen was scratching in a field,she found a grain of wheat,
“This wheat should be planted” she said.
“Who will help me plant this grain of wheat?Will u help me,duck?”
‘Quack,quack,quack…not I,’ said the duck.
‘Will you help me,cat?’
‘Miaow…not I,’said the cat.
‘Will you help me dog?’
‘Gruff…not I,’ said the dog
‘Then I will do it myself,’ said the Little Red Hen.
And she did.

 Soon the wheat grew to be tall and yellow.
‘The wheat is ripe,’ said the Little Red Hen.
‘Who want help me cut the wheat?Will you help me duck?’
‘Quack,quack,quack…not I,’ said the duck.
‘Will you help me,cat?’
‘Miaow…not I,’said the cat.
‘Will you help me dog?’
‘Gruff…not I,’ said the dog
‘Then I will do it myself,’ said the Little Red Hen.
And she did.

When the wheat was cut,the Little Red Hen said ‘Who will help me take this wheat to the mill?Will you help me duck?’
‘Quack,quack,quack…not I,’ said the duck.
‘Will you help me,cat?’
‘Miaow…not I,’said the cat.
‘Will you help me dog?’
‘Gruff…not I,’ said the dog
‘Then I will do it myself,’ said the Little Red Hen.
And she did.

She took the wheat to the mill and had to ground into flour.
Then she said ‘Who will help me make this flour into bread?Will you help me duck?’
‘Quack,quack,quack…not I,’ said the duck.
‘Will you help me,cat?’
‘Miaow…not I,’said the cat.
‘Will you help me dog?’
‘Gruff…not I,’ said the dog
‘Then I will do it myself,’ said the Little Red Hen.
And she did.

She made and make the bread.
Then she said ‘Who will help me eat this bread?’
‘Quack,quack,quack…Owh I will,’ said the duck.
 ‘Miaow…Oh,I will,’said the cat.
 ‘Gruff…Oh,I will,’ said the dog
‘No,no!’ said the Little Red Hen.
‘I will do that all by myself!’
And she did.

*************************************

haaa...dah bis baca?ape yg korang dapat?


yang paling penting,jangan pentingkan diri sendiri....mentang2 kerja tu susah,maka korang biarkan sahabat tuh terkontang kanting buat keje sendiri.


jadilah kawan yang ringan tulang,bantu membantu rakan lain...tak dapat tolong sikit,korang tolong la banyak sikit.paling tidak pun teman dia menyudahkan kerja.beri semangat kat dia!sekurang2nya...kita ada bila dia susah..insya Allah akan ada yng membantu kita juga nanti bila kita berkeadaan begitu.


sebenarnya,kalau kita tau tanggungjawab kita,tak perlu la sampai kawan tu merayu2 mintak tolong dengan kita...nampak jek kawan kita tu wat keje..maka jangan takut nak hulurkan bantuan...itu akan membuatkan anda lebih dihargai...macam yang misz ckp tdi..tak semestinya bantu semua...sikit2 pun jadilah...


jangan jadi orang yg cuma tau tumpang senang n tumpang nama....bila dah dapat hasilnya...berebut nak merasa..mcm haiwan2 lain di atas tuh.Jangan salahkan ayam merah tu kalau dia nak pulun semua hasil usaha dia...sebab haiwan2 lain tu sikit pun tak nak bantu dia...


so...korang nak pilih yang mana?fikir2kanlah....


p/s:untuk renungan diri sendiri gak...

Monday, April 11, 2011

1 guru 1 sukan....


Selamat malam semua...
ada yang takut bila baca tajuk tuk...hehhehe
apsal? korang ngeri lak...?

sekarang nih dok sebuk 1 murid 1 sukan...apa salahnya 1 guru 1 sukan lak...
baru la seimbang JERIS murid dan juga cikgu...

dalam sibuk mengasah...mencungkil...bakat yg ada dalam diri murid...bakat cikgu2nya kemana plak...
tapi pada misz la...tak semestinya sukan tuk cikgu2 ni nak di bawa ke gelanggang pertandingan...
cukupkan la sebagai aktiviti tuk cikgu2 melepaskan tension...melegakan serabut kepala dengan keje2 sekolah...baru la bilangan cikgu 'bahagia' tidak bertambah...

kalau yang ada kebun tuh leh la gak g kebun..kua2kan peluh kat kebun...
yang ada ternak ayam,itik or kambing tuh leh la gak main kejo2 dengan haiwan2 tuh...
sekurang2nya kua la gak peluh....
kalau ada yang menternak ikan tuh..leh la gak nyelam2 dengan ikan2 peliharaan tuh...
ilang la stress ngadap laptop n segala kertas tu kan...

apahal la plak si misz ni cerita pasal sukan nih...
hehehhe arakian ceritanya petang tadi dok main bola jaring ngn budak2...
sesambil melatih budak2 tu...maka terlancar lah misi ini...
misi melepas gian main bola....
maka terjadilah...perlawanan antara anak2 orang vs mak2 orang(pinjam anak dara 3 orang-cikgu pelatih)

gamat tak gamat padang tuh...macam kitorang jek yg punya...hahhaha...
kesian gak ngn bebudak tuh....alamak berapa plak resultnya tadi ek????...lupa lak nak tanya pengadil n pencatat....tapi yg penting budak2 tu  tak dapat kosong...moga diorang bersemangat tuk perlawanan persahabatan dgn SK Pt. Lapis sok...Lusa dah lawan lak untuk zon...

tapi pape pun mmg best...sok nak main lagi...hehehhe...(tak kira la walaupun aku kaki bangku main boal nih)
pendek kata...badan cergas...otak cerdas...

tak caya??? tgk aksi diorang nih...cikgu paling muda 33 tahun...hahahha...caya jgn tak caya...kalo ckp jek tak guna..kene ada buktikan...hehehhe...


kita lah juara...muka poyo gitukan....


mintak restu...sib baik korang main pandai hormat kat cikgu...


 wachaaaa....ilmu silat n taekwando turut diserapkan...untuk momentum yang lebih...ahaks...


 referi..yg pening tgk mak2 budak main...hahhaha


 lompatan maut...


alamak...cedera gak aku...hahahha..tak pe jauh dari perut...


hahaha...main memang syok...tak ingat sakit...janji hati puas...yeaaahhh!!

tapi skrg ni...kaki mula berdenyut...huhuhu...tulun2...ambulans...misi...doc...(sendiri tanggung la...ahaks)

p/s:boss minggu ni saya pkai sport shus jek bos...tak leh pakai kasut tumit...kaki sakit...errr...pkai kebaya ngn sport shus...ok kan...:)

Tuesday, April 5, 2011

Debu beterbangan
















Fuuuhh!!!penat....
jenuh membersihkan debu2 yang dok melata kat blog nih....
leh datang semputnya nih kalau debu2 nih betul2 wujud...hahhaha...
orang kata kalau rumah tinggal dah lama pokok lilit memanjat umah...
kalau kayu dah lama dah reput di makan anai2...
kalau pasir dah lama dah habis di hakis ombak...
kalau mayat...dah tinggal tulang...
tapi tu la...sib baik sunflower tuh tetap ada setia menanti...

kalau ikut aktiviti mmg la byk aktiviti...
tapi semua org dah upload pic2 yang berkaitan....
tak caya...g tgk blog2 member yang kat list tuh...
diorang lagi pantas....

so,kalau nak cerita gak...macam cerita basi la kan...
baik kita g carik cerita lain yang lebih sensasi...
tapi kalau nak jugak cerita sensasi..kene gak tunggu lain kali...
sebab sekarang nih...still lagi busy...hehhehe..

tima kasih la kat korang yang rajin jengah sini...
ingat jugak korang kat aku ek...
ok la...jumpa lagi nanti...
chowww....

Pinggan sebijik pun nak berkira!


ni kira en3 tertunggak nih....
apahal la plak kira pinggan dak misz nih...
asal cerita nih...bila kaum2 ibu dok bercerita ttg telatah anak2 mereka...sikit sebnayak terkesan juga di hati...

ni haaa...pasal pinggan yg tinggal pas makan la nih...payah beno ker nak cuci pinggan sendiri pas makan?
ye la kalau makan kat kedai tu mmg la tak yah cuci...
kalau kat rumah pun salah ker tolong cuci?

kita selalu cakap kat anak lepas makan cuci pinggan...dapat pinggan sendiri pun jadik la..kurang sikit penat si ibu nak mengemas n cuci pinggan...
kepimpinan melalui teladan...kakak n abang2 kan yg lebih tua..kene la tunjuk contoh kat adik2.bawak n basuh pinggan tuh...gerenti adik2 akan ikut tindak tanduk kita...
tapi kalau korang pun dok tumpuk kat sinki...apa cerrrr?

kesian kat ibu tuh....
dah la penat masak n menghidang lum pun abis...
tambah lagi nak cuci pinggan mangkuk n mengemas semula...
kalau sorang cuci pinggan sendiri...dah dapat kurangkan  masa ibu seminit...kalau 5 orang dah 5 minit...
cepat la sikit ibu menyiapkan kerja2 dapur...
atau sekurang2nya tak de la lambat sgt dia mengemas dapur...

tapi kalau semua org dalam rumah tuh dok kumpul pinggan mangkuk macam kat gambo kat atas tuh bila pas makan...macamana lak?

walaupun ibu kadang2 tak bising,tapi sebagai anak tak kan la tak paham...
kalo ibu surirumah pun tak patut dibuat begitu...apatah lagi kalau ibu pun bekerja...
sapa lak nak tolong ringan kan tugas2 ibu...

itu belum lagi lepas di dapur,ibu nak siapkan lipat kain baju...basuh baju...iron baju...semuanya tertanggung dipundaknya...
kadang2 stelah semua org siapkan kerja masing2...ibu masih lum siap lagi dengan tugasan2nya...
bagi ibu yang berkerjaya...kene sambung pulak wat keje ofis...bila plak masa rehat ibu?
sudahnya...sampai ketengah malam ibu masih belum rehat...sedangkan esok sebelum subuh ibu sudah memulakan tugasannya semula...

so..malas nak bebel byk2...korang PK la sendiri...






Sunday, March 6, 2011

Syarat Yang Tertunai-Part 2























“Aymi,awak berbakat besar dalam  olahraga,lebih-lebih lagi acara pecut.Catatan masa awak hampir menyamai rekod daerah dan negeri.Takkan awak nak tarik diri?”
“Maafkan saya cikgu…” serba salah hendakku terangkan hal sebenar.
“Saya tau,awak sangat meminati bidang sukan.Mesti ada sebab lain kenapa awak nak menarik diri.Cuba awak terangkan pada saya.Insya Allah saya akan bantu awak” pujuk Cikgu Zarinah lembut.
“Cikgu,sebenarnya…setiap petang saya kena bantu ibu saya jual karipap di gerai.Kalau saya ikut serta dalam program olahraga ni,nanti ibu saya tak ada siapa yang bantu”.
“Owh,begitu rupanya…” terangguk-angguk kepala Cikgu Zarinah.
“Ya cikgu,adik saya masih kecil dan tak dapat membantu ibu berjual di gerai.Biasanya saya yang menjual kuih-kuih itu cikgu” aku menerangkan dengan lebih lanjut situasi yang sebenarnya.
“Berapa banyak karipap jaulan awak sehari Aymi?”
“Emmm…biasanya ibu buat kira-kira 100 biji cikgu”.
“Ok,beginilah…Jualan awak setiap hari tu awak bawa ke sekolah.Cikgu beli semuanya untuk makan petang selepas latihan.Jadi awak tak perlu risau lagi tentang itu” kata-kata cikgu Zarinah aku sambut dengan senyum lebar.Kalaulah boleh lebar sampai telinga.Akulah badut yang tak perlu nak dilukis mulutnya.
“Terima kasih,cikgu…terima kasih!” gembira benar aku dengan cadangan Cikgu Zarinah itu.
Rasa seperti nak melompat setinggi yang boleh.Kalau boleh terbang seperti superman,pasti aku dah hilang dari pandangan Cikgu Zarinah sekarang ni.Tapi bila aku teringatkan amaran abah,wajahku menjadi redup kembali.

Tuesday, March 1, 2011

Kumpul2 sebelum berpisah.





Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
en3 hari ni...cerita kisah sedih la plak...terpaksa rela untuk kecemerlangan bersama...
Al-kisahnya..GPK KOKO kami En. Aziz bin Seman telah pun berpindah ke SK Pt Lapis berkuat kuasa hari ni( 1 Mac 2011)...

Setelah beberapa tahun bekerja di bawah bimbingannya,mana nak carik ketua yg benar2 sporting dan sentiasa menyokong kami demi kecemerlangan murid dan kokurikulum sekolah.Walaupun,ada yg pandang sebelah mata tentang pentingnya koko...tapi tu tak melunturkan semangat yg disuntik oleh beliau yang mahukan anak didiknya mendapat seimbang dari segenap segi yang bertepatan dengan falsafah pendidikan negara.Semangat 1 murid 1 sukan diharapkan dapat diteruskan untuk tahun2 yg akan datang...

Adat la bg manusia...setiap pertemuan itu ada perpisahan..perpisahan sementara ataupun yang hakiki telah ditentukan olehNYA...redha adalah jalan yg terbaik...moga ada pengganti yang lebih baik..Insya Allah...

Kepada cikgu Aziz..saya mewakili semua guru sukan yang bekerja dibawah cikgu sentiasa mendoakan kecemerlangan cikgu walau di mana cikgu berada..dan pastinya..guru2 di SK Pt Lapis menadah tangan gembira menerima kehadiran cikgu di sana...


p/s:ni lagu tema dr cikgu Aziz...

Sunday, February 20, 2011

Syarat Yang Tertunai-Part 1


Assalamualaikum....
Semoga sihat semuanya...
Nak share sedikit hasil tulisan,walaupun tak pernah menulis sebelum nie...tapi gatal gak tangan ni nak buh gak kat sini...hehhehe...
terima kasih kerana sudi membaca..ataupun sekadar melintaskan pandangan...










Panas petang tetap juga terasa menggigit kulitku.Pantas jari jemariku mengemaskan segala perkakasan jualan ibu di gerai kami.Walaupun tidak seberapa,sedikit sebanyak jualan karipap itu tetap mampu menambah pendapatan dan meringankan tanggungan abah.
 “Long,ibu nak hantar along ke asrama.Ibu dah fikirkan masak-masak.Along kena terima tawaran tu.Yang lainnya,along jangan risau…ibu dan abah dah uruskan.Cuma ibu harap along belajar rajin-rajin”.
“Tapi mak…”
“Keputusan ibu muktamad.Ini peluang untuk along.Ibu tak nak kita sia-siakan peluang yang ada ni” kata-kata emak menyentap jiwaku.
Minggu lepas,telah aku maklumkan pada ibu, aku tak mahu terima tawaran ke asrama.Mengenangkan adik-adikku yang berdua tu.Aku merasakan aku sepatutnya lebih diperlukan di sisi ibu.Walaupun apalah sangat kudrat budak berusia 12 tahun seperti aku ,tapi sekurang-kurangnya aku masih boleh membantu apa yang patut di rumah.Tapi sebenarnya aku hilang keyakinan,hilang semangat.
“Along,along ingat tak pesan Cikgu Zarinah?” melihat aku diam,ibu menyambung kata-katanya.
Mendengar nama Cikgu Zarinah disebut ibu,serta merta rasa sebak menular dalam hati.Ingatanku menerawang mengingati guru kesayanganku itu.

Zapin Sri Tambak.

Assalamualaikum semua...selamat pagi...
ni aktiviti malam tadi...Mengiringi murid2 membuat persembahan sempena 
Program Sehari Bersama Polis yang berlansung di Dataran Penggaram Batu Pahat 










Friday, February 11, 2011

Baiknya Coklat...

Salam semua...
Misz dok pulun makan coklat,tba2 teringat nak share cerita tentang coklat yang selalu org salah anggap...jommm kita semak...:)



















Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi.Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan.Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haidkerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.

Wednesday, February 9, 2011

Daun Nasi Ayam?

Salam n selamat malam semua...
rasa macam nak kongsi pengalaman semasa mengajar hari nih...

Subjek: Sains
Tahun: 3 dot..dot..dot...
Tempat: Dalam makmal
Tajuk: Ciri-ciri fizikal Tumbuh-tumbuhan (bentuk daun)


















Misz potong sedikit daun tanduk rusa (macam yg kt pic atas nih)...kira2 sejengkal panjangnya...dan tunjuk kat murid2...sebenarnya nak tunjukkan diorang bentuk daun yg ujungnya tuh....

tiba2 ada seorang murid bertanya...

"cikgu,daun ni boleh di makan kan?"...bersungguh2 benar cara dia bertanya tuh.

"isk,kamu penah makan ke daun nih?"...misz mula kerut dahi,dengan penuh musykil.

"bukan ke daun ni yang selalu kita makan dengan nasi ayam tu cikgu?"berkerut jugak muka murid tuh menyoal semula.

"Owh,yang itu...daun salad.yang ini pokok tanduk rusa..cuba kamu rasa,yang ni keras daunnya." baru la si cikgu ni paham maksud murid tersebut....hehehhe






















nampak jek macam sama rupanya...tapi nama dan rasanya amat la berbeza...terkejut gak kalau betul la murid tuh makan tanduk rusa tuh...nasib baik gak tak dipetik dan di kunyahnya daun2 tu kat sekolah...murid2 n anak2 sekarang..kalau belajar tajuk haiwan..diorang sangat suka...walaupun haiwan tuh tak ada kat Malaysia,diorang tetap kenal.berbanding dengan bab tumbuhan nih agak slow sikit.Walaupun,mereka dikelilingi tumbuh2n tapi byk pokok asas yang mereka tak kenal...

jadik,bila mengajar tajuk nih..aktiviti wajibnya ialah...pusing sekolah dan meninjau pokok2 yang ada dalam kawasan sekolah.Tapi kalau kawasan sekolah tak byk pokok macam mana pulak ek?tak dapat la diorang melihat dan merasa struktur pokok2 tuh dengan lebih jelas...sebab kalau setakat tgk gambo..mana nak tau daun pokok tu kasar atau pun licin....emmmmm...




Sunday, February 6, 2011

Pening anak nak tuition kat mana???

Langganan EasyTuition Tahun 6 (UPSR)

Kajang – Mulai 15 Januari 2011, EasyTuition telah menerima pendaftaran dan langganan khusus untuk murid Tahun 6 (UPSR) sahaja. Buat permulaan, sebanyak empat subjek yang ditawarkan iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan English sedia untuk dilanggan.

Pelanggan yang berminat boleh memilih sama ada untuk melanggan satu subjek ataupun semua subjek yang ditawarkan dengan harga RM50 bagi setiap subjek. Tiada sebarang caj lain atau bayaran bulanan akan dikenakan sehingga akhir sesi persekolahan 2011. Pendaftaran dan langganan boleh dibuat pada setiap hari, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.

Orang ramai yang melanggan akan menerima akaun untuk login dalam masa tidak melebihi 48 jam selepas bukti pembayaran telah disahkan. Semua pelanggan yang telahpun mendaftar akan dapat menggunakan EasyTuition mulai 1 Februari 2011 sehingga akhir sesi persekolahan 2011.

Pening kalau anak2 nak peksa...mesti nak anto gak g tusyen...haa...terutama bagi mak ayah yg ada anak nak peksa..leh cuba daftar kat easy tuition nih.lagi jimat rasanya...leh tgk prebiu video kat sini atau lagi bagus leh g lawat web page  easytuition  tuk maklumat lanjut ye....