Followers

Wednesday, March 11, 2009

Bila Cuti Menjelang Tiba....

Seperti biasa bila menjelang je cuti sekolah...banyak lah surat-surat saman yang diterima...masing-masing berebut nak mengadakan majlis kenduri kendara semasa semua sanak saudara bercuti...dalam dok aku membelek2 beberapa kad jemputan yang baru dapat semalam...terpandang kat aku kad jemputan berwarna ijau lumut yang simple tapi menarik...jemputan dari kawan lama mase aku kat SM(P)SAB dlu...SELAMAT PENGANTIN BARU AZAH!!!!semoga berbahagia sehingga akhir hayat...Amin...aku nak share ngan korang bait2 kata dalam kad jemputan ni....

tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman.
mengapa mengharap teman setampan Yusof,
jika kasih tidak sekuat Hajar.
dan mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad,
jika ada keburukan pada diri.
bimbingkanlah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.
carilah kebaikan pada dirinya....
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya...
dan berdoalah dia milikmu.....