Ni resepi apam manisnya....Walau pun sebalum nie aku wat x pernah ada sukatan n pakai bantai je....resultnya pun, kalau jadi makan,kalau x jadi....pun di makan jugak...hehe....
Tapi disebabkan Yana teringin nak makan apam....ni aunty dah tolong sukatkan.....hehe...Yana tolong ibu masak tau...Selamat mencuba...kalau x jadi tepn tepon aunty ye...
2 sudu besar yis/mauripan
5 sudu besar gula(ikut manis yang digemari)
½ cawan air suam
2 cawan air
3 cawan tepung gandum
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Cara-caranya
1. Masukkan yis ke dalam air suam dan kacau hingga larut.
2. Masukkan gula,garam dan kacau hingga larut.
3. Masukkan air
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.gaulkan rata sehingga adunan sebati.
5. Biarkan adunan selama 1 jam dan ditutupi dengan kain lembab-sampai adunan naik 2x ganda
6. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
7. Letakkan minyak masak di dalam loyang kukusan.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang kukusan.(paras adunan jangan terlalu tingggi-kira2 1 ½ ,klau tinggi sangat nanti bantat)
9. Kukus selama 20-25 minit.
10. Boleh dihidang dengan kelapa parut-yang telah digaul dengan sedikit garam.
Selamat Mencuba!!!