21 Mac 2009...Selamat pengantin baru acu zairy n acu linda...semoga bahagia hingga akhir hayat.
Terima kasih yang tak terhingga n tak terucap pada saudara mara yang ringan tulang yang sanggup bersama-sama bersengkang mata dan berganding bahu menjayakan majlis...
semua ahli pakatan dan rewang sekampung yang bertungkus lumus menyediakan juadah yang enak dan lazat...terutama pada Wak Lan dan Mak As selaku ketua pakatan yang memastikan makanan cukup untuk semua....
kepada pasukan kompang pt.Jamil yang mempersembahkan lagu2 yang best...idup cik ajim!!
x lupa kat group sepupu sepapat yang berhempas pulas menyediakan hidangan makan berdamai....aku pun tak sempat nak menjamah....sedap la maknanya tu....
pada DJ jemputan yang berjaya memeriahkan lagi majlis dengan teka-teki nya yang mencabar minda...trime kasih ust tajudin...
Tima ksih gak pada Tok Cu yang sanggup 'mencutikan' diri dari menghadiri kuliah untuk sama-sama wujud dalam majlis....hehe..
serta kepada semua saudara mara, sahabat handai serta para jemputan yang sudi hadir memeriahkan majlis....kami sekeluarga meminta maaf andai kata ada kekurangan dan cacat cela di sepanjang perjalanan majlis...
ni pic2 yang sempat pak ngah snap sepanjang majlis berlangsung...
hantaran dari pihak lelaki..50% hasil kreativiti aku tu...hehe...
upacara membatalkan air sembahyang dan menyarung cincin selepas akad nikah....
hantaran balas dari pihak perempuan...ha...yang ni....kalo nampak lawa...mmg aku la yang wat...hehe...pas ni leh wat tempahan ek....
bergambar pas akad nikah....
ketibaan pengantin lelaki untuk bersanding
menghadapi tol yang pertama..adus!!!!ramainya...tol yang terdiri daripada anak2 muda kampung yang datang rewang....
pencak silat pengantin oleh wak harun...ramai yang ternganga mulut...x sangka wak harun pandai berpencak....
tol kedua diketuaioleh tok cu...dia kutip tol kat sini untuk cover tol die g JB(kelas) esoknya....
aik!!!ada lagi....ni bahagian mak andam la plak....pengantin dah mandi peluh dah.....
akhirnya...dapat gak dok berdua....
cik ajim n d kompang geng...
antara hidangan makan berdamai yang disediakan oleh chef najmi dan pembantu2nya....
pokok bunga pahar untuk tetamu...
aksi ceria ayman bersama babahnya...
ust tajudin dengan teka-tekinya sedang keudara....