1.Nak kuar rumah...bila dah siap kunci rumah yg berlapis2 tuh...masuk je dalam kete,baru perasan kunci kereta anda masih berada dalam rumah.nak tak nak kene gak bukak semula segala kunci tu semula...
2.Baru sejengkal anda bergerak dari ofis,baru perasan anda tertinggal fail projek n benda penting kat ofis..dan nak tak nak kene patah balik amik gak.
3.Dok menunda bontot kereta depan yg bergerak lebih lambat dari pergerakan siput sedut..dah tu nak memotong tak boleh la pulak...
4.Terpaksa dengar boss or kawan yang membebel...tapi nak cabut tak boleh la pulak...isk...kesian la pulak...
5.Sedang dalam perjalanan...anak kita sibuk la nak buang air pulak...nak tak nak kene benti kat stesen minyak or masjid...
Semua perkara di atas mmg menggeramkan dan membengangkan hati kita...dah la lambat..makin bertambah lambat la...
TAPI kita biasanya tak sedar bahawa kelambatan kita tu Allah dah merencanakan sesuatu tuk kita.Sebenarnya Allah telah memakbulkan doa kita dan juga doa orang lain untuk diri kita yang mahukan diri kita selamat dari bahaya...
Tak percaya..kita kadang2 tu terlambat sedikit atas sebab2 di atas.Bila kita sambung perjalanan dan sampai di satu tempat kita dapati baru sahaja berlaku kemalangan.Otomatik kita pun sebut.."nasib baik la aku lambat sikit tadi".Tapi kita lupa nak bersyukur disebabkan kelambatan kita tu, nyawa kita terselamat.
Sebaliknya orang selalu menyalahkan kita kalau kita lambat,sebab kita tak berdisiplin.Sedangkan kita selalunya mmg tak pernah lambat..tapi sesekali kita lambat tu..mesti ada 'muslihat' yang telah di rencanakan.Jadi jangan tergopoh gapah bila kita terlambat.
Yang penting Nyawa kita selamat..So,renungkan la di mana kita..:)
3 comments:
itulah manusia, dgn mudah lupa kpd Allah, lupa bersyukur bila menerima kesenangan, ttp cepat shj menyoal bila Allah berikan sedikit ujian...bersama kita muhasabah diri, krn aku juga seringkali lupa bersyukur ttp suka meminta!!!
ye.. pernah pernah..
cerita hari hari ktia kan..
:)
kak mie..
jadi sbg manusia yg selalu leka maka saling mengingatkan la kita...
erman..
hehehe...
:D
Post a Comment