Followers

Friday, April 9, 2010

No Name yang bukan NO NAME

Salam...
Hari ni ditengah hari yang panas nih..tergerak pula aku nak cerita tentang nama...

Semua orang ada nama...even haiwan pun ada nama.bukan setakat nama jek..kita bagi lak nama gelaran..nama timang2..nama kutuk2..nama manja2..dan macam2 nama lagi la..

Kalau kita tak bgtau nama sebenar kita pun org tetap akan bg kita nama..percaya tak?Org akan bg kira gelaran..contohnya la..ni contoh jek tau.....kita g kenduri dan menyapa org yang hadir..tapi kita tak kenalkan diri kita ni sapa...kebetulan kita pada hari tu pulak kita pkai earing senget sebelah.jadi bila org lain bertanya pada tentang kita..maka otomatik org tu akan jawab,owhh yang pakai earing senget tu ye..?merujuk gelaran tuk diri kita tu la...

Keadaan yang satu lagi nih memang selalu berlaku...contohnya la...kalau berlaku sesuatu perkara yang tak baik disebabkan diri kita.Biasanya kalau kat kampung,atau kat mana2 aje pun...orang tak kenal kalau sebut nama kita jek..orang akan tanya juga...anak sapa tuh?cucu sapa...rumahnya yang mana?bila mereka tau nama bapa..nama atuk..n nama keturunan kita...baru la jawapnnya OOOoooooooo yang panjang kedengaran dari mulut diorang...tanda nya diorang kenal la tu dgn keturunan kita.So..maknanya apa ya?

Kenapa kita perlu ada nama ye...kenapa kita perlu bangga dengan nama kita...?Kenapa dan mengapa pula kita perlu jaga nama kita tuh?dan nama2 yang ibu bapa kita bagi pun sememangnya sedap2 belaka..dan ada makna yang cukup dahsyat.begitu la pengharapan mereka pada anak2 mereka.

SEBAB..selain dari nama kita dan sedap dan bermakna tu...nama kita sebenarnya turut 'membawa' nama bapa kita..nama ibu kita..nama adik beradik kita..nama atuk kita...nama moyang kita...pendek kata nama keturunan kita la...dan tak mustahil juga nama kampung,nama bandar,nama daerah,nama negeri..dan nama negara sekali..tengok la berapa banyak nama yang berkait dan terkait dengan kita.

Oleh itu..kalau anda NO NAME sekalipun...itu hanya anda....sedangkan hakikatnya..tetap ramai juga nama yg berkait dengan anda yang boleh mengenalkan diri anda siapa anda sebenarnya..


Jagalah nama kita,kerana ia melambangkan maruah keluarga kita.
So,renungkanlah...di mana kita..:)

2 comments:

Centado said...

my name is not NoName, my name is Centado
hehehe...

pak long said...

salam...
kalau ikut slang org perak belah bota...
tak der name la jawabnya...hehehe