Followers

Tuesday, March 17, 2009

Jalan-jalan pusing kampung

Dah namanya pun kampung kan.....mane de banyak bangunan....pokok2 n tanah je la...ni pic yang sempat aku tangkap dengan fon...ada banyak lagi...lain kali aku post ek...


pic ape ni....ha... ni la sawah...baru dibajak n disemai benih...semalam aku lalu...anak benih padi dah mula naik...pasni akan jadi hamparan hijau la kawasan ni....


ni plak depan rumah aku....hehe..tiap kali aku balik sekolah,aku akan dapat tengok matahari terbenam....lawa sangat....subhanallah...

Friday, March 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY AYU N AYMAN!!!

Selamat hari lahir untuk anak2 ibu...Ayu 7 tahun(13 Mac) n Ayman setahun(8 Mac)...semoga panjang umur dan murah rezeki serta di beri kesihatan dan kesejahteraan oleh NYA...jangan nakal2 n rajin belajar...



lilin pun satu je la...sebab ayman 1 tahun n kak ayu tahun 1...hehe...
dah besar dah anak2 ibu....



kek besday yang comel...
sori la ayman,acik tu salah tulis nama ayman...

Wednesday, March 11, 2009

Bila Cuti Menjelang Tiba....

Seperti biasa bila menjelang je cuti sekolah...banyak lah surat-surat saman yang diterima...masing-masing berebut nak mengadakan majlis kenduri kendara semasa semua sanak saudara bercuti...dalam dok aku membelek2 beberapa kad jemputan yang baru dapat semalam...terpandang kat aku kad jemputan berwarna ijau lumut yang simple tapi menarik...jemputan dari kawan lama mase aku kat SM(P)SAB dlu...SELAMAT PENGANTIN BARU AZAH!!!!semoga berbahagia sehingga akhir hayat...Amin...aku nak share ngan korang bait2 kata dalam kad jemputan ni....

tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman.
mengapa mengharap teman setampan Yusof,
jika kasih tidak sekuat Hajar.
dan mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad,
jika ada keburukan pada diri.
bimbingkanlah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.
carilah kebaikan pada dirinya....
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya...
dan berdoalah dia milikmu.....

Sunday, March 8, 2009

Resepi Apam Manis

Ni resepi apam manisnya....Walau pun sebalum nie aku wat x pernah ada sukatan n pakai bantai je....resultnya pun, kalau jadi makan,kalau x jadi....pun di makan jugak...hehe....
Tapi disebabkan Yana teringin nak makan apam....ni aunty dah tolong sukatkan.....hehe...Yana tolong ibu masak tau...Selamat mencuba...kalau x jadi tepn tepon aunty ye...

2 sudu besar yis/mauripan
5 sudu besar gula(ikut manis yang digemari)
½ cawan air suam
2 cawan air
3 cawan tepung gandum
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya
1. Masukkan yis ke dalam air suam dan kacau hingga larut.
2. Masukkan gula,garam dan kacau hingga larut.
3. Masukkan air
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.gaulkan rata sehingga adunan sebati.
5. Biarkan adunan selama 1 jam dan ditutupi dengan kain lembab-sampai adunan naik 2x ganda
6. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
7. Letakkan minyak masak di dalam loyang kukusan.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang kukusan.(paras adunan jangan terlalu tingggi-kira2 1 ½ ,klau tinggi sangat nanti bantat)
9. Kukus selama 20-25 minit.
10. Boleh dihidang dengan kelapa parut-yang telah digaul dengan sedikit garam.


Selamat Mencuba!!!

Friday, March 6, 2009

PTK OH,PTK!

Demam ptk dah bermula..ramai yang dah mula study bagai nak giler...ada gak yang rileks je...sebab tiap kali peksa resultny same jer....terus malas nak membaca sbb resultny tak berbaloi dengan usaha....kepada yang tak jemu2 berusaha..aku tabik spring kat korang...caya lah...mesti berjaya!!!!kepada geng2 yang amik peksa PTK (17-19 Mac) ni...doa aku untuk kalian....semoga ramai yang dapat cemerlang kali nie...walaupun aku tak layak amik peksa kali ni....harap2 ada la yang kene amik peksa ngan aku lagi nanti....hehehe........

Sunday, March 1, 2009

Family Gathering

Banyak aktiviti yang di rancang sebagai pengisian dalam gathering kali ni....matlamat utama bukan nak enjoy je...tapi merapatkan silaturrahim gak.Yang penting pertemuan kali ni mesti mencapai keseimbangan JERIS(jasmani,emosi,rohani,intelek dan sahsiah)diri.Sejajar dengan falsafah pendidikan negara.Almaklumla....kitorang kan keluarga guru.....hehe


bacaan yassin dan tahlil diketuai oleh tuan haji aris....segmen kerohanian


tak bleh main la....bola berat sangat!!!! tolong lap bola pun bleh la...
dalam segmen sukan dan riadah


keluarga balingan hentakan terkuat....hahaha...tahun depan cuba lagi....


gaya seorang juara!!!!lain kali ta layak bertanding dah.Bagi peluang kat unc plak.


aksi perenang2 kecik mengasah bakat yang belum tergilap lagi....pertandingan berjalan dalam air...

Family gathering....

Tempat:Ilham resort, tanjung tuan PD.
Tarikh:28-29 disember 2008
sorry la wahai family ku semua....
lambat publishkan pict2 korang....


melawat Muzium Angkatan Tentera PD dalam segmen ilmiah


Pedasssss!!!!tapi sedap....dalam segmen mengisi perut


Kat depan tu banyak lagi cu....leh refill pas ni....


dah x de tempat nak posing....dinding pun bleh la...segmen baju sama dan serupa


senyum kulum....gg depan lum tumbuh!!!

Majlis Potong Jambul Ayman

Majlis kesyukuran sempena ayman yang akan mencecah umur setahun....bertujuan memperkenalkan ayman kepada jiran2 dan saudara mara yang hadir.Selebihnya untuk menghimpunkan saudara mara yang dah lama tak berjumpa...

pengantin kecik sedang ditepung tawar


Ayman bergaya dengan baju melayunya....

Saturday, February 28, 2009

Masuk bakul tolak sendiri



aksi ayman di tengah malam buta....bla la die nak tdo ni....bleh gelak2 lagi tu.....isk!isk!GERAM...

Penah tengok Ladang Gandum?



Tima kasih la atas permintaan korang....nak sangat tengok pemandangan yang kat Malaysia x de....ni je yang sempat aku amik mase kat sana....Kawasan yang berwarna coklat tu la ladang gandumnya....memang saujana mata memandang.mase ni kitorang ondway balik petik ceri...mula-mula tu musykil gak dengan 'rumput2' yang berwarna coklat tu....pokok gandum rupenya.rupe2nya kawasan tu memang pengeluar gandum terbesar di Ostolia..baru la aku tau....mcm tu rupenya pokok gandum yang sebenar...selama ni cume tengok gambo n makan tepung gandum je.....hehe....dapat la aku share dengan korang pengalaman aku ni....

Tuesday, February 10, 2009

Untungnya berwajah ceria...

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.

Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Rupa mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang.

Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Sunday, February 1, 2009

Resepi Air Soya


Resepi ni aku try mase kat ostolia dulu….sbb air soya kat sana x de la sesedap macam kan m’sia.Lagi satu susah nak dapat yang sedap.So aku pn try la wat sendiri.Hasilnya memang lebih sedap(bukan nak puji diri sendiri tau).Selain dari tu,mmg puas minum walaupun aku wat cume ½ kg je….. kalau nak wat berniaga pun bleh.Aku berniaga tuk perut aku je setakat ni hehe…
Kepada kawan2 yang mintak resepi aku dulu tu,pas ni leh la try sendiri ek….kalau x cube mane nak tau hasilnya.Kn lebih elok wat sendiri,x de la bhn pengawet dlm air soya tu….



Ni air soya yang aku masak pagi tadi...bukti ni...nanti korang ingat aku bg resepi ciplak2 je plak...

Bahan-bahannya
½ kg kacang soya
Beberapa helai daun pandan
Gula
Air


Cara-caranya
1.Rendam kacang soya semalaman sehingga tanggal kulitnya.Kemudian basuh dan toskan.
2.Blend 1 cawan kacang soya dengan 3 cawan air.(pada aku dah ok la kepekatannya.kalau nak lebih pekat,kurangkan airnya)
3.Tapiskan menggunakan kain kasa/bawal(bleh guna tudung bawal yang dah x guna tu).tapi aku guna penapis teh yang kain tu,yang biase orang guna kat kedai makan tu.lagi senang.hehe....
4.Ulang langkah 2 dan 3 sampai kacang soya tu abis.
5.Jerang air soya tdi sampai mendidih menggunakan api yang perlahan.Masukkan daun pandan.Kacau sekerap yang mungkin untuk elak air soya menjadi hangit dan melimpah.
6.Masukkan gula mengikut citarasa korang.Nak wat air gula asing pn boleh.
7.Dah siap dah.Bleh la hidangkan.....


Selamat Mencuba....

Tuesday, January 27, 2009

Azam Tahun Baru.....

Belum terlambat rasanya nak wat azam tahun baru ni.....jenuh aku pk,ape azam aku nak wat tahun ni.Selain meningkatkan amal ibadat,almaklumlah aku ni bukannya alim sgt pun...dah tua2 ni pn kurang lagi kesedran..hehe....
dalam aku berPK2 tu,rupa dalam tak sedar aku telah mula melakukan satu perubahan untuk diri aku sendiri.....mungkin di dorong dengan rasa tak puas hati tu yg membuat aku berubah agaknya....
sebelum ni aku banyak berdiam je,org nak kate aku.......org nk wat ape kat aku....aku biarkan je..malas nak carik gaduh....tapi bla dah sampai satu peringkat mcm ni aku terpaksa la bukak mulut....bla aku dah start menjawab ape yg aku x puas hati...nasib la....kalau ada yg termakan cili padi.
ye la,hak2 yang mmg aku berhak wat pe org lain nak kacau.menda2 yang mmg aku x salah,kenapa mesti nk dipertikaikan.lps ni...siap la org yang wat dajal ngan aku...aku carik sampai lubang cacing...pastu aku cuci siap ngn clorox!
hah...itu lah azam aku thn nie....moga2 aku berjayalah ek.korang doakan tau...

Tuesday, January 20, 2009

BAJU KAWAT DURI








Pertandingan mencipta baju sempena pesta bunga....1st place tau baju ni....tapi korang rasa ada tak orang nak tempah baju nie.... kalo korang tengok btl2,yang bergantungan kat kawat tu picagari yang berisi air.bunga tu fresh flower tau,jgn x tau plak...so,bunga tu sebenarnya diletakkan di dlm picagari yang berisi air.jadi...tahan la lama ckit bunga tu daripada layu...

Sunday, January 18, 2009

pesta bunga....



mase pesta bunga kat canberra...bengang je ayman kene paksa bergambo ngan bunga2.haha....tengok tu....muncung dah sedepa dah...

ayman petik ceri...


tak boleh amik!ni ayman punye la.....amik gambo je bleh...jauh,jauh ckit!nanti korang amik plak...penat ayman petik tao....dah nak penuh dah ni....bio byk,bio babah kene byo byk....haha...
mate sape paling beso......

KERANA KUASA

Dah lama gak aku tak mengikuti perkembangan semasa ni...almaklumlah busy memanjang....kdg2 masa untuk diri sendiri pun x d.semua untuk org lain....
melihat penderitaan rakyat palestin kat tv,wat aku jd geram gak...kesian tgk mereka2 yg x berdosa tu jd mangsa.paling x sanggup tgk anak2 kecik bermandikan darah,terkulai x bernyawa.ratapan ibu bapa yang kehilangan...cukup menyayukan hati yang memandang...x dpt digambarkan kalo itu yang berlaku pada diri kite sendiri.
semua tu sebab kuasa....x pyh la sampai ke Gaza...kt sekeliling kite ni pun dah cukup byk contoh yang berkaitan ngan salah guna kuasa ni....
kuasa tu x bersalah tapi org yang mendapat kuasa tu yang salah.salah, sebab x tau nak gune kuasa dengan betul....jadi, pengguna kuasa yang salah tu la yang menyebabkan wujudnya kuasa2 yang disalah guna.yang menyebabkan org yang x bersalah tunduk pada kekuasaan yang paling berkuasa....pening ke baca ayat aku nie??????haha......kalo penin...mcm tu la aku penin masa amik paper sc politik dlu....

MASE KAT OSTOLIA

MASE KITORANG KAT WESTON PARK.KANGGARU NI BERSANTAI2 JE KAT BELAKANG TU.PANDAI LAK DIORANG POSING AMIK GAMBO NGAN KITORANG.

BERTEMU KEMBALI.....

LAMA TAK JENGUK BLOG AKU NIE.....KALO KAYU,DAH LAMA DAH REPUT....
SEJAK BERANAK KECIK NIE, X BYK MASE LEH NGADAP COMP.HARAP KORANG SEMUA SIHAT2 LA HENDAKNYE.....