Followers

Sunday, May 30, 2010

Jasa dan Kenangan

Sekitar majlis perpisahan GPK Petang SK Peserai,En. Nasarudin b. Mufti yang akan bertukar ke SK Pt. Bilal sebagai GPK KOKO...TAHNIAH CIKGU!!!

Barisan guru sesi petang dibawah seliaan beliau.Bergambar bersama GPK HEM dan GPK KOKO SK Peserai.

Ucapan En. A. Rahman b. Othman selaku wakil guru.

Ucapan yang diraikan..En.Nasarudin.Ketika ini sudah kelihatan ada murid yang sudah merah mata menahan sedu dan haru.

Penyampai cenderahati dari guru2 sesi petang.

Hadiah dari murid2..

Acara bersalaman dengan murid2.Semakin ramai murid yang mengalirkan air mata..

Jamuan ringkas di kantin...terima kasih kepada semua guru yang menyumbangkan juadah..yang pada mulanya sedikit..tup..tup...penuh meja...:)

Memotong kek yang disumbangkan oleh Cikgu Bedah..

Di antara murid2 yang mengalirkan air mata..
terlalu sukar melepaskan beliau pergi...
Semoga beliau dapat meneruskan tugas cemerlang di tempat baru...terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami semua selama berada di bawah seliaan beliau.

Tuesday, May 25, 2010

Jaga Majlis

Selagi kita berada dalam majlis yang dinamakan majlis dan selagi pengerusi majlis tidak mengumumkan untuk bersurai...jadikan majlis itu pada tarafnya sebagai majlis.Yang ada rasa hormat dan segan pada menjaga tatasusila diri.Walau sekecil manapun majlis tersebut,selagi ia di panggil majlis.

Sunday, May 23, 2010

Aku Bukan Muda Lagi...


Astaghfirullahalaziiim....
AKU BUKAN MUDA LAGI...

Hari ni berpeluang, menyusuri jalan2 dan denai2 yang pernah aku jelajah kira 25 tahun lalu...Senang kata jalan2 kat kampung aku la...jalan2 short cut yang masa zaman2 kecik2 dlu aku dok menyelanak.

Berbangga aku melihat bertambahnya bilangan rumah yang di bina..besar2 dan lawa2.Jalan kampung yang dulu becak,kini sudah berturap.Rumah yang dulu bertangga kayu sudah bertukar menjadi tangga batu yang indah.Rata2 setiap rumah sudah kelihatan sebuah kereta atau sekurang2nya sebuah motosikal.Terlihat juga di sebuah rumah yang tersolok sudah ada 'kuali' astro di lambir atapnya.Talian telefon dan internet juga tiada masalah,sebab aku lihat tiang2 telefon terpacak merata.

Terasa sedih juga bila mak aku menyebut ni rumah polan bin si polan,sudah kembali ke asalnya.Yang ini rumah wak JKLMN juga sudah meninggal.Itu rumah atuk HYGJT juga sudah meninggalkan kita.Ramai yang hanya tinggal nama sahaja..dan untung aku masih mengingati mereka.Masih basah dalam ingatanku wajah2 tua mereka mengisi zaman kanak2 ku....al-fatihah tuk mereka semua.Ada kebun2 yang dulu lapang dibawahnya, kini sudah menjadi belukar.Ada juga rumah yang dulu paling cantik, kini usang menunggu rebah.Mungkin tiada waris yang tinggal di situ.Namun semua itu,masih mampu untuk di imbau sejarahnya.

Kebun2 getah yang dlu tempat aku mengutip bijinya sudah berganti dgn kebun kelapa sawit.Parit2 tempat aku menangguk anak ikan sudah semakin tohor.Sedangkan masih terngiang2 gelak tawa kami kesukaan melihat hasil tangkapan.Berkejaran riang bermain ram ram rip.Mengayuh basikal saban petang,menyusuri denai2 menangkap belalang.Manisnya saat itu...

Terdetik rasa sayu dalam hati..bila mengenang sahabat2 lama yang ntah di mana...Terkesan juga dalam hati,betapa pantasnya masa berlalu tanpa pamitan.Timbul insaf dalam diri dan tertanya2 berapa byk kah amalku yang telah ku isi buat bekalan.Sedangkan telah berpuluh tahun aku hidup atas muka bumi ini dan yang paling penting...mengingatkan aku,sesungguhnya bila2 masa ALLAH akan menjemput pulang ke 'rumah' tetapku...

Astaghfirullahalaziiim....AKU BUKAN MUDA LAGI...

Saturday, May 22, 2010

Muka Macam2 Makna

Salam dan selamat sejahtera...
Pinjam jap ayat nih dari seorang sahabat...
"If a doctor, lawyer, or dentist had 40 people in his office at one time, all of whom had different needs, and some of whom didn't want to be there and were causing trouble, and the doctor, lawyer, or dentist, without assistance, had to treat them all with professional excellence for nine months, then he might have some... conception of the classroom teacher's job"

Tapi bukan nak cerita pasal konsep keje cikgu dalam kelas la hr nih...nak cerita pasal MUKA.Setiap hari,seorang cikgu akan mengadap 40 org dalam satu kelas...Kalau sehari tu seorang cikgu kene masuk 4 kelas,maknanya dia akan mengadap 160 muka orang murid la.Isk,banyak tuh...!

Bayangkan begitu banyak muka yang seorang cikgu kena fahami ketersiratannya...Sedih ke?gembira ke?sakit perut ke?malas ke?mengada2 ke?confius ke?tak paham ke?tak paham pura2 paham ke?benci ke?marah ke?menyampah ke?meluat ke?lapo ke?kenyang ke?nak terkencing ke?huhuhu 1001 perasaan yang boleh diinterpretasikan kat muka diorang tuh...

Tapi biasanya...seorang guru boleh 'membaca' air muka anak muridnya.Lebih2 lagi yang tak paham tapi pura2 paham.Yang tak buat kerja rumah,tapi pura2 tertinggal buku.Yang tak bawak buku,tapi kata buku ilang.Yang takut kene marah,pura2 demam.Yang bila cikgu start menyoal,cepat2 mintak izin g toilet.Semuanya boleh dibaca dari muka murid2nya....hahhahahaha...tu semua cerita benar tuh.

Pendek kata semua taktik murid2 tu semua dalam genggaman cikgu la...Tengok muka jek cikgu boleh tau...Ape taknya hari2 dok ngadap pelbagai muka..tu baru 4 kelas...kalau 5 kelas atau 6 kelas?Tu sebab kadang2 cikgu 'masak' dengan perangai anak2 muridnya.Dalam diam dok perhati..dalam senyap dok menilai.Itu menjadikan seorang guru cekap mentafsir muridnya...Bila suara cikgu meninggi ada la yang cikgu tak berkenan tuh.So,jangan cuba2 nak kelentong cikgu...hehhehe ini kenyataan yang berbaur amaran.

Tuesday, May 18, 2010

7P-Didik Anak

7P dlm mendidik anak:
1. Perhatian
2. Puji & Peluk
3. Pendidikan
4. Pukul
5. Pujuk
6. Penghargaan
7. Periksa

Monday, May 17, 2010

Hari Guru SKP 2010

Suasana dan rakaman peristiwa sepanjang
Sambutan Hari Guru 2010 SK Peserai Batu Pahat...
Terima Kasih kepada semua yang sama2 memeriahkan sambutan...
Ucapan oleh YDP PIBG
Cenderahati untuk Tuan Guru Besar


apsal dok paling tepi??
sebab..orang paling tepi ada paling banyak ruang...

Rakaman sepanjang majlis sambutan

berposing sebelum menitikkan peluh..
actually hari2 pun bermandi peluh..
tapi hari nih paling best...sebab tak payah ngadap buku...


ni..tgk nih...nak demo.."laila..ko tgk betul2..nanti kecundang la plak...dah la tak dapat nak jadi mcm Lin Dan"..Sib baik dalam kumpulan ada Cikgu Lin Da...


Sukaneka riang ria...MERIAAAHH..asyik posing jek...main nye tak seberapa...belah kanan(tudung itam) tu...GPK HEM...sporting gilerrr...

bolinggg....best3!!!Juara kumpulan.Walaupun menumpang tuah Sammm....tapi puas hati...anggap je la...sebagai terapi melepas geraammm...hahhahaha

Terima kasih kepada Cikgu Nasarudin-GPK Petang yang sudi turut serta memeriahkan suasana..Caya lah...

Juara individu lelaki..Mr.Sammm

Juara individu wanita...Cikgu Laila..

Bolinggg...baling sampai pusinggg...next time kita gempurrr lagi...:)

Thursday, May 13, 2010

Guruku Cahaya Hatiku


Kau berikan aku cahaya itu,
Yang aku tak mengerti maknanya,
Seringkali tidak kuendah awalnya,
Bila aku sedari dan aku amati,
Menyuluh laluan ku agar tampak terang,
Melapangkan jalanan ku agar tiada halangan,
Terpana aku dengan sinaran cahayamu,
Menyentakkan aku dari igau yang panjang.

Kagum aku dengan tekadmu,
Melayan 1001kerenah,
Yang pasti bukan seperti aku,
Tak pernah jelek memilih rupa,
Tak pernah kisah dengan kulit berwarna,
Meskipun berbeza fahaman agama,
Adakala suaramu melantun tinggi,
Menceracakkan liang-liang romaku,
Senak perut mendengar tengkinganmu,
Namun,airmata tetap luruh…
Tatkala meneliti bait-bait nasihatmu,
Terkesima dengan alunan semangatmu,
Yang tidak pernah surut kau gegarkan untukku.

Bayangkan hidupku tanpa didikanmu,
Akan pincang dan sendengkah aku?
Andai tiada satu titik sinar pun memayungiku,
Akan layu dan gugurkah aku?
Harus,aku telah mati kekeringan di satu masa lalu…

Namun acapkali masih juga aku lupa,
Pengajaran yang kau ceritakan,
Pengalaman yang kau kongsikan,
Bingkisan hidup yang kau coretkan,
Adalah satu amaran untukku,
Demi mendepani perjalanan masa depan,
Sedang tika kau memberi tunjuk,
Aku pula acuh tak acuh.
Dungunya aku ketika itu,

Setelah berabad ku tinggalkan detik itu,
Di saat setiap realiti terpamer di mataku,
Bila desakan hidup mengheretku,
Baru aku sedar,segalanya seperti…
Yang pernah kau dongengkan dulu padaku,
Benar segala pesanan yang kau titipkan dulu,

Bergegas,ku bongkar semua khazanahmu,
Ku kupas semula titipanmu,
Ku lereti segala tuturmu,
Untung aku masih mampu merenung,
Memuhasabah diri dengan cahaya tinggalanmu,
Menyuntik semangat ku untuk terus bangkit,
Tegak dan kukuh mengharungi masa.

Sesungguhnya….
Nur itu yang menyuluh jalanan hidupku,
Kukuhnya rohaniku dengan ilmumu,
Menyedarkan aku erti bersatu,
Membangkit rasa cintakan tanahairku,
Menadah tangan syukurnya aku,
Betapa aku anak watan yang sedar hakku,
Tanpamu guru,malap dan kelam seluruh jiwaku,
Cahayamu kekal menyinari diriku,
Sampai mati namamu terpahat dikalbu,
Terima kasih wahai guru.
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA PENDIDIK...

misz-6mei2010
p/s:sila minta izin sebelum men'copy'.thanx

Air di minum menjadi cuka???

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan semasa proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka,menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas,sebabnya sama di atas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Sumbe bahan...klik sini

Wednesday, May 12, 2010

Si Tukang Enjek

Tittle tu sememangnya dah sinonim dengan jururawat a.ka. misi a.k.a nurse.Nampak jek kelibat misi dengan baju putihnya...dalam kepala budak2 mesti dah terbayang picagari.Walaupun misi tuh tak bawak pun picagari.Mak mak budak pulak dr kecik dah takutkan anak2 dengan misi...kalau ada misi maknanya kene enjek...tu sebab anak2 fobia bila tgk misi...walaupun tak la semua yang berfikiran demikian.

Budak2 sekolah aku..kalau nampak jek van klinik kesihatan tu datang..mesti tanya...'cikgu.hari ni misi nak enjek ke cikgu?'.Padahal misi cuma nak cek kesihatan jek...hehehehe...bagitu hebatnya pengaruh misi dengan enjeknya itu..
Pada setiap kelahiran..termasuklah kelahiran aku......ada jururawat yang menyambut kehadiran kita di dunia,memandikan dan membersihkan kita...dan bila kita sakit nanti...pasti ada jururawat yang merawat kita.Tanpa jururawat pincanglah tugas doktor.

Sempena HARI JURURAWAT SEDUNIA...marilah kita sama2 mengucapkan TERIMA KASIH pada semua jururawat yang telah merawat kita..dan merawat semua manusia di bumi ini...TERIMA KASIH sekali lagi.JASA anda tak akan kami lupakan...

Monday, May 10, 2010

Jom wat Bingka...

Bingka la pulak Si Misz nih...
ni dek pengaruh Si Jaja la nih...
dok tayang kuih bakar mak die...
nak oder jauh sangat...so blasah je la wat sendiri..
jom kita wat...
jadi tak jadi sendiri telan...hahhahahha
jom la kita wat...tak pandai pun mesti jadik punya...

ni yang aku wat semalam

dapat satu loyang nih...
(yg nih tak buh bijan)
Bahan2nya
1 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat(beli yg dlm kotak pun leh..tak de alasan mls nak parut kelapa ehhh..)
4 biji telur
1/2 cawan gula
4-5 helai daun pandan(kalau ada perisa pandan pun ok)
1 cawan air
secubit garam
sedikit bijan
sedikit majerin atau minyak masak

Cara2nya
1.Blender daun pandan ngn air-perah n tapis
2.Masukkan tepung+gula+air pandan+garam+santan,gaul sampai sebati
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan gaul hingga sebati
4.setelah sebati...tapiskan adunan supaya tidak ada yg bergentel.
5.sapukan loyang dgn sedikit majerin atau minyak
6.Bakar pada suhu 180++ selama 1 jam
7.Setelah 20 minit dibakar..taburkan bijan..bakar sehingga masak
p/s:kalau nak ijau lagi..leh la bg sedikit pewarna..
haa...tu jek caranya..senangkan...ape lagi???
SELAMAT MENCUBA....!

Aduhai..anak muridku!!!

Salam semua...
ni apa hal pulak pic pensel, pemadam dan pengorek nih...
haaa..ni la hasil kutipan aku hari kamis lepas...
setiap kali masuk kelas masa pertama (setelah murid pg balik)..atau masa last setelah semua murid ptg balik...boleh katakan setiap hari pasti ada saja hasilnya...sayang melihat alat2 tulis yg bersepah bawah meja n di atas lantai.Aku kutip la..esoknya tanya kat murid2 sapa ada hilang alat tulis..semua tak ngaku..dari mana pulak datangnya alat tulis tu semua???

Hairan bin ajaib...boleh kata kan setiap hari,pasti ada sahaja alat tulis mahupun pensel warna yang aku kutip.walaupun kerap kali diingatkan sebelum balik check dlu bawah meja,dalam laci..pastikan tak ada barang yg di tinggal..masih gak ada alat tulis yg bersepah...
aduhaaaiii...anak2 murid ku...

Kalau setiap hari mcm nih...leh penuh laci cikgu simpan alat tulis ni sepanjang tahun nanti...Belajar la sayangkan harta benda sendiri.Simpan hak milik sendiri dengan baik.Jangan membazir...Semua tu duit tuh..Duit yang mak ayah carik tuk sekolahkan kita..tuk melengkapkan keprluan kita...kesian kat mak dan ayah.Berjimat cermat la anak2 muridku...Pensel tu,selagi boleh diasah..gunakanlah...

p/s:sentiasa teringat zaman dlu..pensel sebatang guna sampai kontot..murid skrg masih setengah jengkal sudah dibuang.

Friday, May 7, 2010

Dia Datang..jeng..jeng..jeng..

Salam semua...sapa pulak yang datang nih???
suprise!!!!Setiap kali mereka ni datang...
murid2 sekolahku betul2 teruja.
Wwwaaaaaahhhhhhh!!!!
itu pun sudah cukup menggambarkan betapa mereka
teramat gembira dengan kehadiran tetamu tersebut.

Beberapa minggu lepas,
pihak nestle telah bermurah hati memberi coco crunch percuma
kepada murid2 SK Peserai.

tgk tuh aksi ayu dan kawan makan coco crunch + susu dutch lady...
nyuumm..nyuummm
hingga ketitisan susu yang terakhir..hehehhehhe
apabila murid selesai jek makan..idea dalam kepala otak aku pun berjalan la gak...
maka terhasil lah..menda2 nih...korang pun leh wat pas nih..:)

yang nih bahan tuk sudut sains sekolah...byk lagi yg murid2 aku dah wat..ada masa nanti aku snap kan ek...

yang nih..kene guna dua mangkuk kertas dan
satu bekas plastik (ala yg wat isi dadih tu...).
hiasan terpulang la pada korang nyer idea..
ni anak dara aku..minat sgt kat bratzzz tuh..so..aku buh je la...hehhehehe

Semalam milo plak datang...
tapi tak sempat nak snap pic budak2 minum milo...
sementara bebudak aku dok wat keje yang aku berikan....
aku dok anyam menda ni plak...

ni pun leh dijadikan bahan tuk set induksi nih...hehhehehe...
yang ini versi turkey...ada versi merak..
tapi tak sempat lak nak wat...
tu kene tunggu milo datang lagi sekali lah...
haa..kaitkan menda nih dengan tajuk external features of animals...
pssttt....menda nih leh wat game gak...suh bebudak lumba tiup belakang turkey nih..
tgk turkey sapa yang 'jalan' paling laju...
hahhahhaha...semput aku meniup semalam...

TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada nestle yang sudi datang ke SK Peserai dan menjamu kami dengan coco crunch dan Milo...
nanti datang lagi ya....

Thursday, May 6, 2010

Teman setia seorang guru.


Walau keceruk mana seorang guru itu berada,
teman setianya tetapkan menemaninya,
menjadi pelengkap hidup guru,
tanpa jemu dan juga gagal.

tanpanya terasa tidak lengkap dunia,
hidup menjadi resah gelisah,
tidur menjadi tidak lena,
mandi terasa tidak basah,
lebih hebat dari angau,
pada sang kekasih.

tanpa peneman setianya itu,
terasa dunia menjadi hambar,
waktu menjadi tidak bermakna,
segala menjadi serba tak kena,
banyak perkara tak dapat dibereskan,
hanya kerana tiadanya ia....
pen merah nan sebatang.

Sempena hr guru..hadiahkan la guru anda pen merah kerana sebatang pen merah adalah peneman setia seorang guru.Pelengkap tugas seorang guru.Moga kehadiran sebatang pen merah mampu membuat guru tersenyum.
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK.

p/s:nanti cikgu nak guna pen tu tuk tanda buku korang gak...bukan tuk menda lain pun...betul tak???:)