Followers

Saturday, May 22, 2010

Muka Macam2 Makna

Salam dan selamat sejahtera...
Pinjam jap ayat nih dari seorang sahabat...
"If a doctor, lawyer, or dentist had 40 people in his office at one time, all of whom had different needs, and some of whom didn't want to be there and were causing trouble, and the doctor, lawyer, or dentist, without assistance, had to treat them all with professional excellence for nine months, then he might have some... conception of the classroom teacher's job"

Tapi bukan nak cerita pasal konsep keje cikgu dalam kelas la hr nih...nak cerita pasal MUKA.Setiap hari,seorang cikgu akan mengadap 40 org dalam satu kelas...Kalau sehari tu seorang cikgu kene masuk 4 kelas,maknanya dia akan mengadap 160 muka orang murid la.Isk,banyak tuh...!

Bayangkan begitu banyak muka yang seorang cikgu kena fahami ketersiratannya...Sedih ke?gembira ke?sakit perut ke?malas ke?mengada2 ke?confius ke?tak paham ke?tak paham pura2 paham ke?benci ke?marah ke?menyampah ke?meluat ke?lapo ke?kenyang ke?nak terkencing ke?huhuhu 1001 perasaan yang boleh diinterpretasikan kat muka diorang tuh...

Tapi biasanya...seorang guru boleh 'membaca' air muka anak muridnya.Lebih2 lagi yang tak paham tapi pura2 paham.Yang tak buat kerja rumah,tapi pura2 tertinggal buku.Yang tak bawak buku,tapi kata buku ilang.Yang takut kene marah,pura2 demam.Yang bila cikgu start menyoal,cepat2 mintak izin g toilet.Semuanya boleh dibaca dari muka murid2nya....hahhahahaha...tu semua cerita benar tuh.

Pendek kata semua taktik murid2 tu semua dalam genggaman cikgu la...Tengok muka jek cikgu boleh tau...Ape taknya hari2 dok ngadap pelbagai muka..tu baru 4 kelas...kalau 5 kelas atau 6 kelas?Tu sebab kadang2 cikgu 'masak' dengan perangai anak2 muridnya.Dalam diam dok perhati..dalam senyap dok menilai.Itu menjadikan seorang guru cekap mentafsir muridnya...Bila suara cikgu meninggi ada la yang cikgu tak berkenan tuh.So,jangan cuba2 nak kelentong cikgu...hehhehe ini kenyataan yang berbaur amaran.

10 comments:

pak long said...

salam buat cikgu...
yes...lagi lama pengalaman..bab baca reaksi muka dan jadi amalan biasa...boleh teka...
buat cikgu..selamat hari guru

Roronoa Zoro said...

sori cikgu sori.. saya jnji x tipu lagi.. hehe...

rupanya cikgu boleh baca fikiran muridnya.. =P

Misz said...

Pak Long:
wsalam...selamat hari guru
lebih lama mengajar lebih byk pengalaman seorang guru.

Misz said...

Roronoa:
hehehhehe...

Cik Ubi said...

cikgu suh murid sume pakai topeng ultramen la cikgu..hek3..

(pndapat peribadi)

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

MATAHARIKU said...

salam misz...itulah kelebihan seorg guru, dlm kelas yg murid ramai, msh dpt mengenal pasti perangai murid wpun hanya dgn memerhatikan riak muka mereka...kdg kala kelipan mata murid juga, cikgu dpt agak apa yg difikirkan oleh murid...yg susah sikit bla murid tak berkelip mata memandang cikgu...hehehe

Misz said...

Cik Ubi...
kalau pakai topeng biasa nya masa subjek Seni..
pas belajo wat topeng..semua pkai topeng..
tapi time cikgu sains masuk topeng semua SIMPAN..hehehhe

Misz said...

Bujang Susah:
Wsalam..terima kasih sudi datang zaiarah..:)

Misz said...

matahariku:
wsalam..
tu kalau tak berkelip mata pandang cikgu maknanya...angau la tuh..hehehhehe