Followers
Saturday, April 17, 2010
AWAS dengan RIMAS!!!
Thursday, April 15, 2010
Merah delima...
Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.
Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
Sapo...dilla?
Antara kelebihannya yang lain ialah:Penawar Buang Air Berdarah
Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.
Jiwa Indah
Shhhh.....
Tuesday, April 13, 2010
Suara Si Merah..
Suara si Merah 1Ayah...ibu...kenapa semut2 ini menggigit aku...???sakitnya bu....!!!!sakit sungguh rasa ayah....!!!Abis dagingku yang gebu ini menjadi mangsa gigitannya...tolong!!!tolong!!!jangan gigit aku wahai semut...jangan hampiri aku wahai tikus...mana ayahku...??mana ibuuku....??mengapa semakin banyak semut2 ini mengerumuniku...aduh..sakitnya...!!!tapi mengapa aku tak mampu menangis..?Bukankah Si Merah sepertiku sepatutnya mampu menangis meminta bantuan...
Jangan semut...!jangan..tikus...!tolonglah, kasihani aku...tolonglah jangan gigit aku...sepatutnya bukan aku yang menjadi makananmu....Mengapa pula semakin banyak lalat yang menghurungi aku?Pergi kau lalat!!pergi...!!Jangan kau dekati aku...Ya Allah...mana ibu ku...?Ya Allah..mana ayahku...?
Suara Si Merah 2Ya Allah...sejuknya...Mengapa rumput ini yang menjadi alas tubuh ku?mengapa pula embun malam yang menjadi selimutku??Pada siapa aku nak memohon bantuan...dalam gelap pekatnya malam begini...Mana selimut lembut yang sepatutnya membaluti tubuh monggel ku?Mana dakapan erat yang sepatutnya menghangatkan dinginku??Mana...???
Suara Si Merah 3Memangnya harus di sinikah tempat aku??Kenapa air busuk ini yang mengalir dalam kerongkong ku??Mengalir juga ke hidungku??Mengapa aku jadi semakin lemas??Sesak!!!!Mana air susu ibu ku??Yang sepatutnya mengenyangkanku?Yang menghilangkan dahagaku??Mana?Aku mahu susu ibuku...!!!
Aku kepingin merasai nikmatnya susu ibuku..Aku kepingin menghirup udara segar lebih lama...Aku kepingin merasai belaian seorang ibu...belaian seorang ayah...Aku kepingin dakapan hangat yang penuh kasih sayang.Aku kepingin tidur enak dalam buaian...Aku kepingin lena di dodoi oleh suara insan2 tersayang...Aku kepingin dibaluti oleh pakaian2 yang indah2...Aku kepingin merasai hidup lama di dunia....Aku kepingin semuanya yang dapat di rasai oleh bayi2 lain....Aku kepingin merasai indahnya hidup di dunia...Salahkah aku menginginkan semua tu?berdosakah aku???Mengapa di sini aku berada??
Friday, April 9, 2010
No Name yang bukan NO NAME
Wednesday, April 7, 2010
Lambat yang Bermuslihat
4.Terpaksa dengar boss or kawan yang membebel...tapi nak cabut tak boleh la pulak...isk...kesian la pulak...
Semua perkara di atas mmg menggeramkan dan membengangkan hati kita...dah la lambat..makin bertambah lambat la...
TAPI kita biasanya tak sedar bahawa kelambatan kita tu Allah dah merencanakan sesuatu tuk kita.Sebenarnya Allah telah memakbulkan doa kita dan juga doa orang lain untuk diri kita yang mahukan diri kita selamat dari bahaya...
Tak percaya..kita kadang2 tu terlambat sedikit atas sebab2 di atas.Bila kita sambung perjalanan dan sampai di satu tempat kita dapati baru sahaja berlaku kemalangan.Otomatik kita pun sebut.."nasib baik la aku lambat sikit tadi".Tapi kita lupa nak bersyukur disebabkan kelambatan kita tu, nyawa kita terselamat.
Tuesday, April 6, 2010
Seikhlas rajin
Monday, April 5, 2010
Pernah tanya tak pada MAK?
Semasa kita kecil...Mak masak untuk kita..dan dia juga yang dok suap kita makan.
Bila kita sekolah rendah...
Mak dok tanya hari2,kita nak makan apa hari nih..
kalau adik beradik ramai,mak ulang gilir2 tiap2 hari dok masak menu kegemaran anak2nya.
kita balik sekolah..sampai depan pintu,terus tanya...'mak masak apa hari nih?'
Bila dengar masakan kegemaran kita yang mak masak,tu dia..senyum sampai telinga..tak sempat toleh kiri kanan..terus terpa meja makan amik bau dulu...
Bila kita sekolah menengah..
Sama la jugak...mak masih tanya,'hari ni nak makan pe?'
kadang2 bila adik beradik nak makan tu ..n nak makan ni...mak beralah lagi..tak masak pun msakan kegemaran dia..
Cuma kita dah pandai tolong mak di dapur...walaupun tak tolong masak.tolong cuci pinggan n kemas dapur pun mak dah suka..
Bila kita masuk U...
Mak kol dan tanya kita..'ko nak makan apa2 tak?'
Ada tak makanan yang kita nak mak bawakkan bila mak datang jenguk...
kalau kita kata tak ada sekali pun..mak tetap akan bawakkan makanan kegemaran kita.
Masa kita kawin...
Mak adalah org yg paling sibuk menguruskan hari bahagia kita.
Dari makan minum jemputan hingga la yg datang rewang.
Mak dok tanya juga menu apa yg kita nak buat masa makan beradap..
Semasa majlis,kita..dok sibuk suap menyuap di meja makan beradap...
Mak hanya memandang..dan masih lagi tersenyummm
Bila kita dah kawin...
Bila dengar jek kita nak balik,mak akan tanya..'ko nak makan apa kat kampung nanti?'
Mak tanya lagi..'tu suami/isteri ko teringin nak makan apa pulak?'
Kalau kita jawab..ada atau tak ada sekali pun,sampai rumah mesti ada je lauk kegemaran kita yang mak sajikan..
Bila mak sakit...
Mak cakap kat kita yang dia teringin nak makan..makanan kegemaran dia...
Kita tercengang2 tak tau nak masak apa...
Sebelum kita menyesal dan terkilan..renungkanlah..
Saturday, April 3, 2010
Pelam nan Sebatang
Tuesday, March 30, 2010
Ohhhh..honey...dew!!!
Macamana nak memilih tembikai susu supaya bila kita bawa balik,belah n makan ia memuaskan hati kita?Dan setimpal dengan harganya ?Acap kali kita membawa pulang tembikai susu yg tawar sedangkan rupanya memang cantik n kelihatan seperti manis.
Jangan tertipu pada kulit tembikai susu yg lawa...licin...rata..n tiada cacat cela.Sebab ia tak menjamin kepada kualiti rasanya yang enak.Ada pulak siap tepuk2 n cium tembikai susu tu..tapi berapa kerat sangat yg rajin nak menghidu sebegitu..tentu pelik dilihat orang.
Ni saja nak share petua bila membeli tembikai susu..Pilih buah yang banyak ketak2 pada kulitnya..senang kata mcm menggerutu gitu la..insya Allah rasanya manis.
Selamat mencuba..
Sunday, March 28, 2010
Redhalah...
Friday, March 26, 2010
Katak dalam gelas...
Bla aku tanya "mangosteen tree tu pokok apa"?
Ada pulak jawapan yang kedengaran di telinga ialah "pokok mangga cikgu!!"
"Mangosteen tree ialah pokok manggis la murid2!"
"sapa tak pernah tau atau tak pernah tengok pokok manggis?"
Ada beberapa murid mengangkat tangan perlahan2...
"isk!!"
aktiviti memanjat ni pun mesti ramai yg tak pernah dapat buat..Aku tak kisah kalau mereka2 ini tinggal di bandar2 yang mmg tak wujud tanah untuk menanam pokok manggis.atau,mereka tinggal di rumah2 taman.tapi masalahnya...mereka ni dok kampung!!!banyak pokok manggis kat kg tuh...walaupun bukan kat rumah mereka,mungkin gak kat tepi2 jalan kampung tu mmg ada pokok manggis...Tapi kenapa mereka tidak peka pada persekitaran.Tu baru tanya pokok manggis,belum lagi tanya pokok ciku,pokok durian belanda,pokok kedondong dan lain2 lagi...
Mereka dah menjadi seperti katak dalam gelas...hanya memerhati keadaan sekeliling tanpa faham n tahu.Sedangkan mereka boleh melompat keluar dari gelas tu untuk memahaminya dan ambil tahu..tapi...adakah mereka lakukan???
Mmg sebagi guru kita boleh membntu mereka mengenal tumbuh2n..tapi kalau semua pokok nak di tunjuk n dperkenalkan mau 8 bulan 8 minggu 8 hari pun belum tentu habis.Sesuatu perlu dilakukan supaya pengetahuan sedia ada murid2 kita ni tak terus zero...
selain g melawat kwasan berkebunan atau botanical garden..tapi itu memerlukan kos dan masa..Bukan semua murid mampu nak g rombongan.kaedah yg paling simple n rasa nya leh dilaksanakan...
cuba kita tanam pokok buah2n tu dalam kawasan sekolah..kita tanam ciku,langsat,duku dan lain2 yg wajar la...rasanya kos penjagaan pun tak de la ape sangat pun.Selain mendapat ilmu tentang pokok2 tuh,ia juga mengeluarkan hasil.Daripada kita dok tanam pokok yg rendang tapi tak berbuah wat pe?Tanam pokok buah...ilmu dapat,rasa pun dapat..n banyak lagi faedah lain pastinya...
So..sila la timbang2kan.ini untuk kebaikan generasi pewaris kita.Jangan sampai,10 tahun lagi...anak2 kita zero pengetahuan asasny tentang bumi hijau.Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyediakan pengetahuan asas mereka itu...:)
Thursday, March 25, 2010
Sekolah lestari
Wednesday, March 24, 2010
Puteri Habour
It is an ideal location for global or regional commerce and events, with state-of-the-art facilities and a business-friendly environment that will create world-class personal or business investment opportunities.
Puteri Harbour’s development components comprise waterfront residential (prime waterfront properties), commercial development (offices and retail shops), FAME ( Food & beverage outlets, Arts, Music and Entertainment), transportation hub (water transport terminal for water taxis and ferry, bus terminal, tram and LRT station), a marina (berthing, chandlery and accommodation facilities for boaters, yachters, boat/yacht charter owners/operators and water sports owners/operators) and a Cultural Park initiated and owned by the Johor State Government.
Monday, March 22, 2010
Siap sedia..
Friday, March 19, 2010
Segar dan enak!!
Semalam di pasar,semasa dok tunggu ayam yg aku oder di proses…sempt aku melihat gelagat pemborong2 ikan di pasar menggredkan ikan.Cekap dan pantas.Nampak macam senang jek.sekejapan jek mereka dah siap menggredkan ikan parang yang ntah berapa puluh ekor tuh.Cara diorang mengredkan ikan tu mudah jek…OK caranya macam nih…bukak penutup insang ikan kat kepala tuh…tengok warna insang tuh.Kalau masih merah,segar la ikan tuh.Tapi kalau dah birat n biru…maknanya ikan tu dah lama.kenapa insang?sebab semua ikan ada insang.Kalau nak berpandukan sisik…bukan semua ikan ada sisik.
So lepas nih…jangan kata tak tau nak pilih ikan.dan yang penting,jangan bli ikan busuk bawak balik rumah lagi…Baru la seronok bila dapat makan ikan yang segar n enak...Selamat Mencuba!!
Wednesday, March 17, 2010
Kacang dan Kulit...
Saturday, March 13, 2010
Happy Birthday Ayu and Ayman!
Hari ni...13 Mac,birthday ayu yang ke 8 tahun...sekejap jek pejam celik dah beso anak dara aku nih.Ayman pula,dah berusia 2 tahun pada 8 Mac hari tu...Ragam masing2 dah mula bertambah.Seiring dengan pertambahan usia diorang.Dah mula terasa cabarannya mendidik anak zaman kini...anak2 zaman siber.Semoga mereka membesar sebagai anak2 yang soleh n solehah...berjaya dalam kehidupan,sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.Friday, March 12, 2010
MPZ Semerah 2010...Juara lagi!!!
Tuesday, March 9, 2010
Monday, March 8, 2010
Wednesday, March 3, 2010
Berhenti@stop!!!
Tuesday, March 2, 2010
LINUS???confius?
Terdapat 3 saringan yang akan dilaksanakan oleh semua murid tahun 1.
Saringan pertama
1-28 Feb 2010 (Saringan membaca),
1-5 Mac2010 (Saringan Menulis).
Saringan kedua(Dijalankan untuk murid yang tidak melepasi saringan pertama)
1-31 Mei 2010 (Saringan Membaca)
30Mei-4 Jun 2010 (Saringan Bertulis)
Saringan ketiga(Dijalankan untuk murid tahun 1 yang tidak melepasi saringan 2)
1-30 Ogos 2010 (Saringan Membaca)
1-3 September (Saringan Menulis)
Sehubungan itu,guru-guru,ibu bapa serta murid-murid yang pada mulanya agak keliru dan bingung dengan wujudnya program ini diharap telah mendapat sedikit kefahaman dan dapat bersedia dengan saringan-saringan yang akan dijalankan.
Friday, February 26, 2010
Senarai blogger SK Peserai
- Tn. Hj. Sarkawi bin Satu
- En. Aziz bin Seman
- En. Zainal bin Janis
- En. Firdaus bin Mohamed
- Pn. Zainorida bt Ngarip
- Pn. Hamidah bt Jamari
- En. Mohd.Arafat bin Jaafar
- Pn. Masura bt. Hassim
- Pn. Normala bt. Suleiman
- Pn. Nahida bt. Mohamad On
- Pn. Masidah bt Paimin
- Pn. Nurul Ain Harjit bt. Abdullah
- Pn. Sameha bt Sairan
- Cik Shamala a/p Krishnan
- Pn. Siti Rukiah bt. Ahmad
- Pn. Saliza bt. Abd. Rahim
- Pn. Fadzilah bt. Arsat
- Cik Farhanaislah bt. Md Salleh
- En. Mohd Fathi bin Misran
- Pn. Masdilaila bt. Abd. Rashid
- En. Md. Balya Hidir bin Md. Salleh
- Pn. Norsasulawati bt.Mohd. Suhaimi
- Pn. Rosyati bt. Ismail
- Pn. Murzana bt. Jadri
- Pn. Roslinda bt. Ismail
- Pn. Aryanti bt. Aman
- Pn. Mislia bt. Zaitun
- Cik Shairah Ezzaidah bt Nordin
- YM Puan Engku Norhaliza bt. T Amri
- Pn. Jamaliah bt Maskam
- Pn. Rohaiza bt Mohd. Som
- Pn. Norhaida bt. Md. Yusof
- Pn.Norhafiza bt. Taib
- Pn. Masrianis bt. Ahmad
- Pn. Azizah bt. Jaafar
- Pn. Julaiha bt. Abd. Jalil
Kategori Panitia
- Panitia Kemahiran Hidup
- Panitia matematik
- Panitia Pendidikan Islam
- Panitia Pendidikan Khas
- Panitia Bahasa Melayu
- Panitia Bahasa Inggeris
- Panitia Sains
- Panitia Sivik
- Panitia Pendidikan Jasmani
- Panitia Bridget Bestari
- Panitia Kaunseling
- Panitia Seni Visual
- Panitia Muzik
- Panitia Kajian Tempatan
- Makmal Komputer
- Pra Sekolah
- Didik Bistari
Kategori Murid
- Siti Zulaikah bt. Ab. Rahman
- Nurhidayah bt. Hamid
- Muhammad Amirul Harith
- Nur Ashu Maera
- Anis Najiha bt. Zainudin
- Nur Syawanie bt. Ali
- Muhamad Iqmal b. Zainul Bahri
- Saidatul Ummi b. Yaacob
- Nurul Syaza bt. Sarkawi
- Nurul Heryani Arfida bt Ariffin
Thursday, February 25, 2010
Mengapa perlu kuasai ICT?

Sebab otak berkarat lama tak buat esei berjela2,
Ape benda nya ICT ni sebenarnya,
Cuba bagi jelas, supaya tak buta selamanya.
Information and communication technology maknanya,
Teknologi maklumat dan komunikasi terjemahannya,
Nak maklumat lanjut tanya la pakar ICT yang mana ada,
Kalau nak terangkan juga, terkeluar tajuk pulak nanti jadinya.
Jangan kata ianya membuang masa dan menyusahkan,
Belajar perkara baru memang perlukan sedikit pengorbanan,
Ye la…korban masa dan juga ruang berkomitmen,
Rajin mencuba dan belasah je ape2 yang boleh ditekan,
Baru lah kita belajar dari kesilapan,
Dan kemudian kita perbetulkan semula keadaan,
Kalau tak pandai…cikgu boleh ajarkan ,
Kalau malas nak belajar…kawan la dengan setan.
Nanti kalau nak pegang mouse pun tak reti nak clickkan..
Tekan keyboard pun macam tak makan…
Lagi bengang kalau button on off pun tak ditemukan…
Siapa pulak nak disalahkan…
Kalau anak murid pulak yang terlebih khatam.
Selalu dengar frasa ‘maklumat dihujung jari?’
Dengan clik..clik..clik..semua maklumat..sedia dilayari,
Cukup dengan mengadap skrin peribadi,
Tak perlu susah payah lagi mencari TV,
Berita,cerita,info terkini,sukan,hiburan semua tak tercari,
Sampai tak bangkit dari kerusi,
Ada pulak,bila tak on PC sehari…rasa macam nak mati,
Itulah penangan dunia ICT.
Bukan setakat maklumat kita dapati…
Maklumat kita pun boleh dikongsi…
Cuma perlu rajin mengupdate sendiri..
Jadi blogger yang berwawasan tinggi..
Menyumbang idea dan inspirasi diri..
Boleh juga kalau nak jadi usahawan IT.
Kalau rindu kawan-kawan lama…
Laman Facebook menawarkan cara…
Rakan lama dijejaki,kawan baru juga disapa…
Mengimbau kenangan lama dan berkongsi cerita,
Zaman hingusan dan juga setelah beranak lima…
Baru la tau rupanya beribu kenalan kita merata dunia.
Cukup la kot setakat ni dulu la..
Tapi menjawab ke belum soalan di atas tu ya?
Malas nak buat karangan yang melewah bahasanya..
Sebab belum tentu ada yang rajin nak membaca…
Makin menyerabutkan kepala lagi ada la…
Ni pun buat syarat je…daripada GB marah dan tanya..
Muka aku ni pulak nak letak mana…hehhehe
Apa-apa pun terima kasih la ya…
Kerana sudi gak habiskan membaca…
Coretan aku yang ntah apa2..
Cinta Kita di Mana...

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:”Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
As-Sirri As Saqati berkata: “Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”
Wednesday, February 24, 2010
Senyum laaa.....(susah sangat ke?)
Tuesday, February 23, 2010
Lawak yang tak boleh digelakkan
Cikgu:Murid2,hari ni kita belajar tulis huruf a ye... ikut titik2 yang cikgu dah buat tu sambungkan...ikut seperti yang cikgu tunjuk ni.
Murid A:cikgu..pensel kita tumpul...nak asah dulu la...(die pun pergi ke belakang dan mengasah pensel di tong sampah)
Murid B duduk di sebelah meja murid A sambil membelek-belek buku
Murid A duduk semula setelah siap mengasah pensel... dia menjengah pada buku yg dipegang oleh murid B.
Murid A:Eh..kenapa awak tulis macam nih?tak lawa la tulisan awak ni.Nanti cikgu marah.Salah la yang ni...meh saya padamkan.Nanti awak buat semula ye...
(die pun padam la...tulisan yg tak lawa tu... setelah siap memadam..die mengambil satu lagi buku yang ada disebelahnya...)
Murid A:Eh,tadi saya buat dah banyak..kenapa tinggal sikit?awak padam ye? (sambil menoleh pada murid B)
Murid B:Saya tak padam la....ni buku saya(sambil mengambil buku itu dari tangan murid A) teng0k ni,ni kan nama saya nie...A****
Murid A:Abis tu yang saya padam tadi????buku saya la....alaaaaa....
kuang...kuang..kuang...
Cikgu:gelak je dalam hati..hahhahahaha..(perasan mcm dah terror la tu)





















