Followers

Thursday, April 30, 2009

Boria Bestari SK Peserai

tarikh:30 April 2009
tempat:Dewan SMKA Dato'Syed Esa,Batu Pahat.
tema:Karnival pendidikan pencegahan dadah peringkat daerah batu pahat.



tahniah!!walaupun hanya di tempat yang ketiga semua peserta telah membuktikan mereka mereka mampu membuat persembahan yang terbaik.tetapi rezeki tidak menyebelahi kita.Cikgu bangga dengan anda semua.Apa yang kurang kita kan baiki lagi di masa hadapan.jadikan ia panduan dan pengajaran yang berguna.Kepada semua guru yang bertungkus lumus memerah idea dan tenaga menjayakan Boria Bestari SK Peserai..Cikgu Er,Cikgu Zai,Cikgu Linda dan Cikgu Aizat....serta semua guru yang terlibat secara langsung atau pun tidak, jutaan terima kasih kami ucapkan.

Tuesday, April 28, 2009

SK Peserai Johan Bola Baling!

Tahniah kepada peserta pertandingan bala baling P 12 SK Peserai yang berjaya merangkul JOHAN dalam pertandingan peringkat zon Bagan hari ini.Segala usaha yang anda lakukan hari ini adalah yang terbaik.Syabas!!!










Tahniah juga pada jurulatih yang berpenat lelah melatih selama ini tanpa menghiraukan pelbagai cabaran dan dugaan.


Tahniah dan selamat bertanding kepada 4 peserta SK Peserai yang terpilih mewakili zon ke peringkat Daerah iaitu Nor Fathiah Azmi,Aisyamunira Achok,Hanis Nabihah dan Norhidayu Kamaludin.Teruskan berusaha untuk yang terbaik.Yakin Boleh!!!

Friday, April 24, 2009

Sekolah Bestari?Apa Tu???

Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari.

Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware.

Pembestarian sekolah amat disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Induk Pelajaran. Aspek ini menjadikan pentadbiran sekolah lebih efektif kerana komunikasi boleh disampaikan dengan lebih cepat. Kesan penggunaan ICT mampu menjadikan penyampaian guru lebih berkesan dan memberi impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Friday, April 17, 2009

Diikat semasa tidur?

sepanjang kita tdur,kita diikat oleh setan dengan 3 ikatan.tak tau? ni aku nak bagi tau...x rugi aku membaca ckit2 ni...ada gak yang leh di kongsi..
kalau kita x bukak ikatan tu...dan kita bangun sampai matahari jejak dikepala...kita akan hilang motivasi diri,hilang semangat,panas baran,mudah naik angin-sama la tu ek.kite jadi lembek,lesu,lemban,longlai...pendek kata serba tak kene la kita di watnya pada hari tu...

x percaya??

ini sabda Nabi s.a.w yang berbunyi begini:
'jika salah seorang dari kamu tidur,maka syaitan mengikatnya dengan 3 ikatan.Ketiga ikatan tersebut menjadikannya terlelap dalam tidurnya semalam suntuk.tetapi jika ia terjaga kemudian ia menyebut nama ALLAH,maka terlepas la satu ikatan.Kemudian ketika dia berwuduk,maka terlerailah lagi satu ikatannya.dan akhirnya jika dia melakukan solat,maka terlepaslah pula ikatannya yang terakhir,sehingga pada pagi harinya hati orang itu akan bersih dan penuh semangat.akan tetapi jika dia tertidur sampai subuh,maka pagi harinya akan kotor jiwanya dan dia tidak mempunyai ghairah apapun'

macamane nak buka ikatan setan tu dah di nyatakan di atas kan?

1.baca doa bangun tidur ni-amalkan lah


2.ambil wuduk

3 dirikan lah solat

mudah-mudahan kita sama mendapat keberkatan dalam menjalankan aktiviti seharian dan sentiasa bersemangat dan berfikiran positif.insyallah

Jangan terlebih minum air pulak!

Sunday, April 12, 2009

Ada apa dengan air?



Ada pe dengan air?teh tarik satu!tu yang orang selalu oder kat kedai.ada macam-macam jenis air yang kita suka.kalau nak senaraikan kat sini,7 kajang n tujuh karung kertas pun tak cukup.Ye la,nak tulis nama biasa dan nama komersial lagi kan...Air pun ada nama glamour?Ada...air sirap,kalau tambah selasih...dah jadi sirap selasih.kalau orang yang jual tu nama nya Kasih,dah jadi air sirap selasih kasih.ha...kan dah lain tu...

Berbalik dengan air tu...apa fungsi air?Macam soalan sains la plak ek?kite kecik kan ckit skop tu...apa gunanya air dalam tubuh badan kite?atau lebih mudah ,kenapa kita perlu minum dan beri orang minum...orang yang macam mana kita perlu selalu bagi minum...

ni petua org tua2...kalau anak kita asyik memeberontak,tak dengo cakap,menjawab apa yng kita cakap,panas baran,mudah melenting dll yang selalu buat kita geram...ubatnya adalah air....macamana?setiap kali die balik,bagila die minum air....nampak je dia nak naik angin,buatkan air...bagi minum...kalo di tanya air jampi ke ni?buang air tu...tadahkan air paip(air tapis la)...suh die minum....tak kan air yang di tadah gitu sempat dijampikan....

kalau ada orang datang rumah nak serang kite....hidangkan la die air....hehe kalo agak2 die tak nak minum...kite la minum....kalo agak2 die buka langkah..kite siram je dengan air tu....hehe yang ni kalo bleh jngan buat....x baik...

kite stress n tension....g la wat air n minum...pegi mandi pun bagus gak....

arwah atuk aku dlu...kalau dia dah tak tahan dengan perangai anak die...bagi nasihat,menjawab...marah2 plak tu...cakap mencarut2...dia tarik anak dia masuk blik air....siram sampai anak dia tak ckp satu ape pun lagi....

kenapa?mengikut pembacaan aku...air boleh membuat kita berada dalam tahap alpha(tenang)...bila marah,air boleh tenangkan kita....tak percaya????cuba la dan amalkan...

nak suggestkan gak kat guru2 yang mudah naik angin...pas ni datang sekolah rajin2 la bawak air...agak2 nak naik angin ngan budak2 tu je,cepat2 la minum air..

selamat mengamalkan...

Sunday, March 29, 2009

tiba-tiba...terkenang

tengah hari tadi...mase tengah pk2 nak masak pe hari ni...tiba2 aku teringatkan arwah nenek aku...teringat kat masakan dia yang best(pada aku la)....aku respek giler kat nenek aku nie...kalo sampai part masak memang di jaga.dari time masak sampai la pada masakan dia.. tu semua nak perfect...macamna dia tak teliti...arwah atuk aku dulu cerewet pasal makan .pantang dia tak berkenan dan tak kena pada tekak dia,memang dia tak makan la masakan tu...walaupun pada aku sedap giler...
salah satu resepi yang aku suka tapi zaman sekarang susah nak dapat ialah sayur sulur keladi...penah tak korang tengok sulur keladi????bukan batang keladi...sulur dengan batang adalah dua sifat pokok keladi yang berbeza...kalau ada jual pun sulur tu.x ramai yang pandai masak...silap2 masak, bleh gatal tekak orang yang makan tu..nak garu tekak plak...hehe macamane ek nak garu tekak????


dah tau beza sulur ngan batang keladi?sulur keladi kalau x dipotong akan jadi anak keladi...

kat rumah nenek aku dulu banyak pokok keladi yang bersulur ni....setiap kali aku g rumah dia...aku akan pusing sekeliling rumah nenek aku...tujuannya...memungut ape2jenis buah n sayur yang aku nak makan la...haha....ala..rumah kampung,kelilingnya kan luas...ada macam2 jenis pokok..time musim buah la yang yang paling best...atuk aku plak jenis suka menanam...ape lagi..yang untung,cucu dia ni laa...
berbalik pada sayur sulur tadi..sebab kalo nak cerita pasal kampung n aktiviti aku mase dulu2...7 hari 7 malam pun x abis...cara menyiangnya sama macam siang batang keladi...tapi lagi rumit la sebab sulur keladi lebih kecil berbanding batang keladi....tu yang org sekarang lagi malas nak wat....dah siap siang kene celur...tuk ilangkan gatalnya...tapi nenek aku tak celur pun...tapi yang aku pelik, aku makan tak gatal pun....apa rahsianya????tapi mase tu aku tak kisah pun nak amik tau....janji aku dapat makan je...pastu nenek aku stat la masak...aku dok tercongok je la kat dapur tu teman dia masak....nak tolong takut....takut silap masak nanti atuk aku x makan plak....yang aku tau dia masak tumis kering bersambal gitu la..die tak bagi nama pun..ni aku yang pandai2 bubuh nama...haha...yng penting...hasilnya memang sedap...hehe sangat enak....lebih best dari coleslaw kcf tu...makan plak dengan telur asin(wat sendiri tu)....
pasni sapa nak cube...leh mintak resepi kat aku...tapi kene pastikan kat kawasan korang tu ada sulur keladi. paling tidak pun ada orang yang jual sulur keladi....n syarat kedua,korang kene belajo dlu macamane nak siang sulur keladi...
Aku dah tak de peluang nak bermanja ngan nenek n atuk aku macam dulu...sementara korang masih ada atuk n nenek ni jenguk2 la diorang kalo korang balik kampung...dalam dok meyembang ngan diorang tu...korang akan dapat tambah banyak ilmu dan pengalaman...macam aku ni...tak pernah aku nyesal jadi cucu nenek yang dok bwh ketiak dia je...
Rindu kat arwah nenek n atuk aku...al-fatihah untuk haji jamil bin amat sayuti dan hjh saripah binti tarmin...moga roh mereka tergolong dalam kalangan orang2 yang beriman di sisiNYA.AMIN

Friday, March 27, 2009

Pasal hantaran lagi....

ni contoh hantaran yang aku wat dari pihak pengantin lelaki....lelaki suka pink!!!!keadaan yang jarang2 kite dengar....tapi tu la warna favorite adik ipar aku....hehe...cun pe kaler tu...ok la...harap2 korang ada la idea nak wat hantaran pas ni ek...





Wednesday, March 25, 2009

Gubahan Hantaran...

Sorry la...aku bukan pe...bknnya kretif sangat pun ,setakat jd bidan terjun bleh la...segan gak aku nak tunjuk kat korang tapi aku pk positif je la...lagipun x nampak dengan jelas hantaran2 tu ...aku pun tak sempat lagi nak mengumpul pic2 dari jurukamera2 amatur yang dah balik ke sarang masing2...ni je la yang ada setakat ni...tu pun x banyak...nanti aku amik pic yng cun kat jurukamera profesional ek..tapi aku x kisah la kalau korang nak ciplak or nak tambah baik.harap2 korang leh wat yang lebih baik...kalo korang malas nak wat sendiri, leh contact aku...or beli je la yang dah siap...hehe....janji duitnya ada....



warna tema yang agak pelik la...x ramai org berani wat...aku kan suka yang pelik2.adik aku pun kate ok je...aku pun bantai je la....hehe...


ada rahsia de sabalik terjadinya sirih junjung ni...haha biar la aku je yang tau...


actually jam ni dalam bakul....saje je bagi semak ckit...bukan pe...susah ckit orang nak nengok....hehe...

Monday, March 23, 2009

Selamat Pengantin Baru Acu!!!!

21 Mac 2009...Selamat pengantin baru acu zairy n acu linda...semoga bahagia hingga akhir hayat.
Terima kasih yang tak terhingga n tak terucap pada saudara mara yang ringan tulang yang sanggup bersama-sama bersengkang mata dan berganding bahu menjayakan majlis...
semua ahli pakatan dan rewang sekampung yang bertungkus lumus menyediakan juadah yang enak dan lazat...terutama pada Wak Lan dan Mak As selaku ketua pakatan yang memastikan makanan cukup untuk semua....
kepada pasukan kompang pt.Jamil yang mempersembahkan lagu2 yang best...idup cik ajim!!
x lupa kat group sepupu sepapat yang berhempas pulas menyediakan hidangan makan berdamai....aku pun tak sempat nak menjamah....sedap la maknanya tu....
pada DJ jemputan yang berjaya memeriahkan lagi majlis dengan teka-teki nya yang mencabar minda...trime kasih ust tajudin...
Tima ksih gak pada Tok Cu yang sanggup 'mencutikan' diri dari menghadiri kuliah untuk sama-sama wujud dalam majlis....hehe..
serta kepada semua saudara mara, sahabat handai serta para jemputan yang sudi hadir memeriahkan majlis....kami sekeluarga meminta maaf andai kata ada kekurangan dan cacat cela di sepanjang perjalanan majlis...
ni pic2 yang sempat pak ngah snap sepanjang majlis berlangsung...



hantaran dari pihak lelaki..50% hasil kreativiti aku tu...hehe...


upacara membatalkan air sembahyang dan menyarung cincin selepas akad nikah....


hantaran balas dari pihak perempuan...ha...yang ni....kalo nampak lawa...mmg aku la yang wat...hehe...pas ni leh wat tempahan ek....


bergambar pas akad nikah....


ketibaan pengantin lelaki untuk bersanding


menghadapi tol yang pertama..adus!!!!ramainya...tol yang terdiri daripada anak2 muda kampung yang datang rewang....


pencak silat pengantin oleh wak harun...ramai yang ternganga mulut...x sangka wak harun pandai berpencak....


tol kedua diketuaioleh tok cu...dia kutip tol kat sini untuk cover tol die g JB(kelas) esoknya....


aik!!!ada lagi....ni bahagian mak andam la plak....pengantin dah mandi peluh dah.....


akhirnya...dapat gak dok berdua....


cik ajim n d kompang geng...



antara hidangan makan berdamai yang disediakan oleh chef najmi dan pembantu2nya....


pokok bunga pahar untuk tetamu...


aksi ceria ayman bersama babahnya...


ust tajudin dengan teka-tekinya sedang keudara....

Tuesday, March 17, 2009

Jalan-jalan pusing kampung

Dah namanya pun kampung kan.....mane de banyak bangunan....pokok2 n tanah je la...ni pic yang sempat aku tangkap dengan fon...ada banyak lagi...lain kali aku post ek...


pic ape ni....ha... ni la sawah...baru dibajak n disemai benih...semalam aku lalu...anak benih padi dah mula naik...pasni akan jadi hamparan hijau la kawasan ni....


ni plak depan rumah aku....hehe..tiap kali aku balik sekolah,aku akan dapat tengok matahari terbenam....lawa sangat....subhanallah...

Friday, March 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY AYU N AYMAN!!!

Selamat hari lahir untuk anak2 ibu...Ayu 7 tahun(13 Mac) n Ayman setahun(8 Mac)...semoga panjang umur dan murah rezeki serta di beri kesihatan dan kesejahteraan oleh NYA...jangan nakal2 n rajin belajar...



lilin pun satu je la...sebab ayman 1 tahun n kak ayu tahun 1...hehe...
dah besar dah anak2 ibu....



kek besday yang comel...
sori la ayman,acik tu salah tulis nama ayman...

Wednesday, March 11, 2009

Bila Cuti Menjelang Tiba....

Seperti biasa bila menjelang je cuti sekolah...banyak lah surat-surat saman yang diterima...masing-masing berebut nak mengadakan majlis kenduri kendara semasa semua sanak saudara bercuti...dalam dok aku membelek2 beberapa kad jemputan yang baru dapat semalam...terpandang kat aku kad jemputan berwarna ijau lumut yang simple tapi menarik...jemputan dari kawan lama mase aku kat SM(P)SAB dlu...SELAMAT PENGANTIN BARU AZAH!!!!semoga berbahagia sehingga akhir hayat...Amin...aku nak share ngan korang bait2 kata dalam kad jemputan ni....

tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman.
mengapa mengharap teman setampan Yusof,
jika kasih tidak sekuat Hajar.
dan mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad,
jika ada keburukan pada diri.
bimbingkanlah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.
carilah kebaikan pada dirinya....
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya...
dan berdoalah dia milikmu.....

Sunday, March 8, 2009

Resepi Apam Manis

Ni resepi apam manisnya....Walau pun sebalum nie aku wat x pernah ada sukatan n pakai bantai je....resultnya pun, kalau jadi makan,kalau x jadi....pun di makan jugak...hehe....
Tapi disebabkan Yana teringin nak makan apam....ni aunty dah tolong sukatkan.....hehe...Yana tolong ibu masak tau...Selamat mencuba...kalau x jadi tepn tepon aunty ye...

2 sudu besar yis/mauripan
5 sudu besar gula(ikut manis yang digemari)
½ cawan air suam
2 cawan air
3 cawan tepung gandum
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya
1. Masukkan yis ke dalam air suam dan kacau hingga larut.
2. Masukkan gula,garam dan kacau hingga larut.
3. Masukkan air
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.gaulkan rata sehingga adunan sebati.
5. Biarkan adunan selama 1 jam dan ditutupi dengan kain lembab-sampai adunan naik 2x ganda
6. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
7. Letakkan minyak masak di dalam loyang kukusan.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang kukusan.(paras adunan jangan terlalu tingggi-kira2 1 ½ ,klau tinggi sangat nanti bantat)
9. Kukus selama 20-25 minit.
10. Boleh dihidang dengan kelapa parut-yang telah digaul dengan sedikit garam.


Selamat Mencuba!!!

Friday, March 6, 2009

PTK OH,PTK!

Demam ptk dah bermula..ramai yang dah mula study bagai nak giler...ada gak yang rileks je...sebab tiap kali peksa resultny same jer....terus malas nak membaca sbb resultny tak berbaloi dengan usaha....kepada yang tak jemu2 berusaha..aku tabik spring kat korang...caya lah...mesti berjaya!!!!kepada geng2 yang amik peksa PTK (17-19 Mac) ni...doa aku untuk kalian....semoga ramai yang dapat cemerlang kali nie...walaupun aku tak layak amik peksa kali ni....harap2 ada la yang kene amik peksa ngan aku lagi nanti....hehehe........

Sunday, March 1, 2009

Family Gathering

Banyak aktiviti yang di rancang sebagai pengisian dalam gathering kali ni....matlamat utama bukan nak enjoy je...tapi merapatkan silaturrahim gak.Yang penting pertemuan kali ni mesti mencapai keseimbangan JERIS(jasmani,emosi,rohani,intelek dan sahsiah)diri.Sejajar dengan falsafah pendidikan negara.Almaklumla....kitorang kan keluarga guru.....hehe


bacaan yassin dan tahlil diketuai oleh tuan haji aris....segmen kerohanian


tak bleh main la....bola berat sangat!!!! tolong lap bola pun bleh la...
dalam segmen sukan dan riadah


keluarga balingan hentakan terkuat....hahaha...tahun depan cuba lagi....


gaya seorang juara!!!!lain kali ta layak bertanding dah.Bagi peluang kat unc plak.


aksi perenang2 kecik mengasah bakat yang belum tergilap lagi....pertandingan berjalan dalam air...

Family gathering....

Tempat:Ilham resort, tanjung tuan PD.
Tarikh:28-29 disember 2008
sorry la wahai family ku semua....
lambat publishkan pict2 korang....


melawat Muzium Angkatan Tentera PD dalam segmen ilmiah


Pedasssss!!!!tapi sedap....dalam segmen mengisi perut


Kat depan tu banyak lagi cu....leh refill pas ni....


dah x de tempat nak posing....dinding pun bleh la...segmen baju sama dan serupa


senyum kulum....gg depan lum tumbuh!!!

Majlis Potong Jambul Ayman

Majlis kesyukuran sempena ayman yang akan mencecah umur setahun....bertujuan memperkenalkan ayman kepada jiran2 dan saudara mara yang hadir.Selebihnya untuk menghimpunkan saudara mara yang dah lama tak berjumpa...

pengantin kecik sedang ditepung tawar


Ayman bergaya dengan baju melayunya....

Saturday, February 28, 2009

Masuk bakul tolak sendiri



aksi ayman di tengah malam buta....bla la die nak tdo ni....bleh gelak2 lagi tu.....isk!isk!GERAM...

Penah tengok Ladang Gandum?



Tima kasih la atas permintaan korang....nak sangat tengok pemandangan yang kat Malaysia x de....ni je yang sempat aku amik mase kat sana....Kawasan yang berwarna coklat tu la ladang gandumnya....memang saujana mata memandang.mase ni kitorang ondway balik petik ceri...mula-mula tu musykil gak dengan 'rumput2' yang berwarna coklat tu....pokok gandum rupenya.rupe2nya kawasan tu memang pengeluar gandum terbesar di Ostolia..baru la aku tau....mcm tu rupenya pokok gandum yang sebenar...selama ni cume tengok gambo n makan tepung gandum je.....hehe....dapat la aku share dengan korang pengalaman aku ni....